Cucur ummi

Oh agak lama tak masak cucur. Cucur ummi diberi nama… haha. Suka hatiku je kan.. Stok tepung belum ditop-up lagi, padahal kedai runcit bukannya jauh mana pun. Masalah penyakit lupa lagi ke ?

Cucur ummi ni simple saja. Ada tepung gandum, bawang @ daun bawang, ikan bilis @ perasa ikan bilis, bancuh², goreng, siapp… Sekejap saja habis dimakan bersama-sama anak² yang memang gemarkan cucur ummi ;) . Sesekala, nak spesel sikit, saya letak ubi kentang yang dipotong dadu. Pehhh… layan habis beb ! Memang tak boleh berenti makan. Method letak ubi ni, asalnya dari kawan mak saya. First time makan cucur berinti ubi ni, terus jatuh cinta. Korang pun mesti pernah cuba kan …

 

ubi kentang, bukan mr.potato yer !

 

 

siap didadu !

 

Tak lupe juge ….

 

daun bawang ye tuan-tuan puan-puan …

 

Saya lebih suka letak daun bawang berbanding bawang, melainkan nak buat cucur bawang, maka haruslah letak bawang banyak²…. ahaks ~ anak² pun tak berapa suka/reti makan bawang, habis mereka buang² bawang yg mereka nampak tu… berapa banyak bawang daa…

Sejenis lagi cucur yang agak saya gemar ialah.. cucur udang ! Harussss letak udang lebih sikitlah, baru ‘terangkat’ !

Untuk sos @ pencicah cucur ni, korang suka sos cili cuka atau kuah kacang ? Bagi saya, dua² jenis ni boleh sokmo.

Incoming search terms:

22 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *