Takkanlah dah start contraction ?!

 

Salam ceria  semua . Sehat ?

 

Saya hari ni diuji sikit dengan nikmat kesihatan , tapi masih mampu mengetuk-ngetuk keyboard ni untuk menaip sedikit update . Bukanlah sakit parah ape pun , cuma badan berangin , tak sedap perut dan kadangkala rasa macam sedikit contraction . Hah !? Bior betul ??

 

Buat yang tak tahu apa itu CONTRACTION , ia adalah rasa sakit rahim yang mengemut-ngemut bagi wanita mengandung . Bukan CONTRACTOR yang bina bangunan tu okeh . Hoho lawak jer …. Rahim mengemut tu tandanya baby dah hampir @ dalam proses nak keluar . Ok cukup setakat itu dulu . ;)

 

 

 

Kandungan saya baru je mencecah 33 minggu , yakni hampir 8 bulan setengah . Setakat ni saya tak pernah lagi mengalami proses bersalin awal sebelum waktunya . Terlebih waktu lagi ada lah . Tapi , tak mustahil kalau itu kehendak Allah kan ? Mungkin angin dalam badan saya yang sedang macam puting beliung ni menyebabkan rasa seolah-olah contraction tu .

 

 

Dan sejak pagi saya belum makan sebarang makanan berat seperti nasi . Saya cuma makan sedikit biskut raya , habiskan saki-baki bihun yang digoreng semalam untuk menjamu kawan-kawan serta jiran dan sedang minum secawan cereal . Lapar tu memang lapar tapi apakan daya , selera makan sekelip mata dibawa angin lalu … :( Malas rasanya nak pegi ke klinik sebab baru je semalam saya pergi buat rawatan susulan kehamilan . Alhamdulillah semalam sihat-sihat saja . Tak sangka hari ni jadi macam ni pulak . Cobaan ….

 

Contraction yang sebenar tak boleh tahan wooo …Mungkin sekadar Braxton Hicks sajer . Erk , korang silalah rajen² Google apa itu Braxton Hicks kalau tak tau yer … yang saya boleh beritahu , perut terasa mengeras-ngeras gitu . Kalau contraction yang sebenar dan hampir nak bersalin ni , rasa sakit rahim mengemut-ngemut tu akan datang selang beberapa minit , makin lama makin kerap sampailah saat nak meneran baby keluar …

 

Apa-apa pun , kengkawan semua tolonglah doa-doakan semoga saya dimudahkan bersalin yer … dan selamat hendaknya bayi dan ibu.Terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan kalian :)

 

 


ephyra ummihanie.com harga kasih sayang

Incoming search terms:

Comments

  1. says

    selalunya ct kalau dah nak bersalin ,tunggu dulu contraction tu dalm setengah jam sekali,lepas tu baru pegi hospital,malas nak ddk lama2 dlam wad,alhamdulillah setakat ni, tak de lah tak sempat sampai ke hospital..apa-apa pun semoga selamat melahirkan bby yg ke 5 kan?

    • says

      aah gitulah yg sy nak buat kak ct … takmo le serah diri awal2 masuk wad …

      yup,masuk bby ke-5 . boleh blaja byk dr kak ct yg dah beranak 6 ni ;)

      terima kasih utk doa ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *