Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

daun kucai banyak khasiat

Petua dan Herba Kongsibersamanora | Herba ada macam² jenis di Malaysia ni. Negara kita memang kaya dengan hasil alam semulajadi. Silalah berbangga wahai rakyat Malaysia :)

Sebelum memulakan edisi berceloteh, mari mengenal apa itu herba dahulu.

Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya.

Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. – wikipedia

 

Alang² dah bersemangat dapat mini kebun baru, makanya molek sangatlah saya join contest ilmiah blogger kak Nowa ni a.k.a. KongsiBersamaNora.

Saya memilih kucai. Ada yang panggil “bawang kucai” atau “daun kucai“.

Kucai cina adalah variasi kucai paling popular denagn bunganya yang berwarna putih, dan daunnya berbau sekaan bawang putih.

Meh usha sikit rupa paras molek sang KUCAI yang hijau bagaikan sang rumput… eh takkan tak kenal KUCAI kot korang? jangan kenal KUCING jer…. KUCAI dan KUCING adalah dua entiti yang sangat berbeza…. ahahahaaa mengarut sudah ~

daun kucai banyak khasiat

sihat daun kucai den ni kan… baru saja dituai untuk dimasak… terima kasih banyak… pemberian jiran baru :)

 

daun kucai

ini pula kucai yang dibawa oleh mak mertua dari kampung

 

 

bunga kucai cina

inilah rupa bunga kucai… putih-putih melati yaww…

 

Seriously sejak membela pokok kucai, inilah kali pertama mengenal bunga kucai berwarna putih. Bila ia sudah cukup matang, kelopaknya akan terbuka, dan terdapat biji berwarna hitam ala² biji habbatus sauda’ (jintan hitam). Dari biji itulah kucai membiak-biak.

 

biji kucai

biji kucai berwarna hitam. kredit imej: wikipedia

 

 

Khasiat daun KUCAI

1) Mencegah kerosakan rambut

Daun kucai berupaya menguatkan folikel rambut dan membantu pengaliran darah dari kulit kepala ke akar rambut.

 

2) Membantu mencegah pertumbuhan jerawat

Mudah dan murah saja untuk merawat jerawat, ya?

Beta karoten di dalam bawang kucai mampu membersihkan kulit.

 

3) Mampu mengubati penyakit senggugut, keputihan, darah tinggi, sembelit

Komponen vitamin B, vitamin C, belerang dan karotin memainkan peranan.

 

4) Membunuh kuman dalam usus

Antiseptik dalam kucai mampu membunuh bakteria dalam usus, sekaligus membantu merangsang prose pengecutan dan pengembangan usus.

 

5) Merawat masalah kulit

Sifat antibakteria dalam kucai membantu merawat jangkitan pada kulit.

 

6) Mencegah kanser

Flavonoid dan sulfur memainkan peranan dalam melawan kanser seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Ia melawan radikal bebas dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

 

7) Mencegah sembelit

Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit sembelit yang amat menyakitkan dan boleh membawa kepada kanser usus besar.

 

8) Menurunkan tekanan darah & kolestrol

Kandungan allicin yang sama seperti dalam bawang putih membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam badan.

 

9) Membantu penurunan berat badan

Fakta ini tentu ramai yang suka. Ini kerana kucai mengandungi antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral untuk membantu mengurangkan berat badan.

 

Hebat juga si KUCAI ini ya…

Okey dah tahu khasiat²nya, nak tahu juga makanan² yang menggunakan kucai kan?

 

  • Kalau saya, kucai ni sinonim dengan kueytiow. Kira ngam gitu berganding bersama… saya memang peminat tegar kueytiow pun.
  • Masyarakat Jepun menggunakan kucai di dalam sajian bubur mereka.
  • Mak mentua saya biasa masak sup kucai. Sedap juga tau.
  • Buat cucur kucai pun sedap. Cubalah google resepi ;)
  • Kucai goreng telur. Tak pernah try, bunyi macam best.

 

Majulah KUCAI untuk Malaysia. *tetibe

Jom korang kita sama² berkongsi info herba sambil join contest KongsiBersamaNora.

Banyak info tentang petua dan herba di sana. Antara yang saya gemar ialah;

 

  1. Khasiat lempoyang penawar penyakit Anaemia atau kurang darah merah
  2. Petua membersihkan buah pinggang
  3. Penawar mengurangkan berdengkur dan menguatkan minda

 

Banyak sekali petua dan herba kongsibersamanora. Tahniah atas penghasilan artikel :)

 

*Artikel ini dikarang sendiri dan diolah semula berpandukan Wikipedia & blog infojajan.com .

 

“Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER”

* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan olehKongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficialByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppeNadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *