[CONTEST – TAMAT] ANMUM ESSENTIAL Mendidik Ibubapa Tentang Tumbesaran Otak anak-anak melalui kempen “Grow Amazing”

Salam wbt.,

Selamat berpuasa bagi semua kaum Muslimin.

 

“Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak,” kata Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia.

“Justeru itu, AnmumTM Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur  pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong  perkembangan otak si manja.”    

 

 

 

Adam yang curious

 

 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara sel-sel tersebut juga amat penting.

 

Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun,  hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali!

 

Saya sendiri mempunyai anak-anak dalam usia curious ini. :)

 

 

 

Parents tentu perasan yang anak-anak sebaya mereka ini bersikap CURIOUS (sikap ingin tahu yang amat tinggi). Sebab itulah mereka gemar mengusik dan menyelongkar barang sesuka hati. Bagi mereka, itu adalah satu aktiviti yang menyeronokkan + ADVENTUROUS :)

 

Kita sebagai parents memang sangat perlukan kesabaran dalam menangani keletah anak-anak dalam usia begini. Usah terlalu menyekat mereka kerana dikhuatiri perkembangan otak mereka akan terbantut.

 

 

 

 

 

DHA dan Gangliosida (GA®) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel-sel otak[i] dan Gangliosida[ii] menyokong pembentukan hubungan sel-sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

 

 

 

 

 

Namun begitu, kajian menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengambil GA® 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA® dalam sehari [i]. Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambilan GA® boleh dipertingkatkan dengan susu dan produk tenusu.

Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA® yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan****.  Anmum™ Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Selain itu, Anmum™ Essential juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

 

 

 

 

Ketahui cara untuk menyokong  tumbesaran otak si manja anda dengan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di www.anmum.com/my/en/happenings/latest-campaign/amazing-facts-about-the-brain.html.

 

Contest Grow Amazing – Menangi 5x Limited Edition Anmum™ Essential kit

 

Yeay…. ada contest yang MUDAH untuk dimenangi, 5 set Limited Edition Anmum™ Essential kit untuk dimenangi 5 ibubapa bertuah!

Ini juga salah satu inisiatif UmmiHanie dalam menghargai pembaca & pelawat blog ini :)

 

 

sekotak Anmum Essential, sebatang pen ‘ajaib’, sebuah buku ala-ala diari yang menarik

 

 

Cara penyertaan;

 

Berikan jawapan/pendapat anda untuk soalan ini:

 

 

Beritahu saya bagaimana anda membantu dalam perkembangan otak anak anda?

 

 

(jawapan mestilah melebihi 10 patah perkataan)

 

Syarat² (T&C);

  1. Hadiah berupa 5 set Limited Edition Anmum™ Essential kit untuk 5 pemenang berasingan.
  2. Contest tamat pada 22 Jun 2017 (jam 11.59pm).
  3. Pemenang akan diumumkan namanya dalam entri berlainan.
  4. Penyertaan mestilah mempunyai alamat sah di Malaysia.
  5. Hadiah akan dihantar selepas 15 hari bekerja setelah pemenang diumumkan.
  6. Keputusan pemenang adalah muktamad.
  7. Boleh hantar jawapan sebanyak mungkin. Satu jawapan di satu ruangan komen shj.
  8. Boleh sertai melalui FB page Ummi Hanie [dot] com .

 

 

Jadi, jom sertai contest Anmum Essential Grow Amazing ini, jangan lupa ajak kawan-kawan sertai bersama.

Incoming search terms:

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *