Ciri-ciri sebuah TaDiKa dan Taska

Salam bertemu kembali. Woh, mood blogging ke laut sudah… bukan takde idea, terlebih idea dah tapi kesuntukan masa. Ada yang merindu ke? Hikss… :p

Hari ni tergerak hati pula nak share tentang ciri-ciri yang wajib ada pada setiap TaDiKa (Taman Didikan Kanak-kanak). Hampir setiap hari saya dan Zaid akan menjemput Munirah balik dari Tadika yang jaraknya sepelaung saja dari rumah. Dekat sangattt… bukak pintu pagar rumah, toleh kanan je dah nampak ;) .

Sambil jalan kaki tu, saya suka perhatikan ciri-ciri yang ada pada tadika tu. Macam biasalah, bangunannya dicat dengan warna-warna yang ceria, dilukis² dengan mural, ada playground di luar, ada gazebo (ni tambahan, bukan wajib), ada tangga kecemasan, dll. Tangga yang dibina di luar bangunan tu pada mulanya saya ingatkan saja² dibuat, rupa²nya ia memang ciri² wajib ada pada sebuah tadika yang bertingkat.

Ok ini dia ciri² bangunan utk premis tadika;

1. Jenis bangunan yang sesuai

2. Rumah sebuah – banglo

3. Rumah berkembar

4. Rumah teres –  lot tepi dengan kawasan lapang dan tidak mengganggu lalu-lintas

5. Rumah pangsa –  tingkat bawah

6. Bangunan pejabat – tingkat 1 hingga 2 , mengikut sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba.

7. Bangunan komersil – mengikut sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba.

8. Bangunan kilang – mengikut sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

-kredit

 

Tadika Munirah adalah jenis 4.

Ini pula info dari Kementerian Penerangan M’sia ;

Terdapat empat kategori taska iaitu taska institusi, taska rumah, taska di tempat kerja dan taska komuniti. Taska institusi mempunyai lebih daripada 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan. Taska di rumah mempunyai kurang daripada 10 kanak-kanak dalam jagaan. Taska di tempat kerja adalah taman asuhan di sesebuah tempat kerja yang menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak.

Had bilangan kanak-kanak sesebuah taska perlu mengikut nisbah ruang taska. Keluasan lantai untuk seseorang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Ruang dapur, stor pejabat dan tandas tidak diambil kira.

Nisbah pengasuh pula bersadasarkan bilangan kanak-kanak. Lima orang kanak-kanak bawah tiga tahun memerlukan seorang pengasuh, 10 orang kanak-kanak bawah empat tahun memerlukan seoarng pengasuh manakala tiga orang bayi perlu dijaga seorang pengasuh.

Disarankan kepda ibu bapa supaya melakukan pemeriksaaan di dalam dan di luar taska sebelum mendaftarkan anak. Sebaik-baiknya masuk ke dalam taska untuk meninjau ruang dapur dan tandas. Pastikan juga dapur dan tandas bersih kerana ia penanda aras kebersihan anak-anak yang dijaga. Selain itu ruang bermain dan setiap sudut di dalam taska sama ada menerapkan ciri-ciri keselamatan seperti pagar dan tidak berbucu.

Ibu bapa mestilah pastikan taska yang diipilh adalah tersenarai dalam senarai taska yang berdaftar dengan JKMM.

Sebelum tu, layankan pics anak²ku berjalan balik ke rumah dari tadika…

Onie dalam uniform tadika nyer… dan topi yg saya belikan khas utk pakai semasa jalan kaki balik ke rumah…. kan panasss tengahari tu.. saya sorang je lah pakai payung. Puteri lilin katekann… :p

budak ni pun tak mau ketinggalan… mesti nak ada topi jugakkk. inilah peneman saya jalan kaki jemput kakaknya balik…. ;)

yg ini tak payah topilah sayang oiii… stroller tu dah ada bumbung ! ;)


ephyra ummihanie.com harga kasih sayang

Incoming search terms:

Comments

  1. iEyLa says

    alolo..peneman tu yg paling comey tuh…
    geramnyeee…tp baju taska kakak onie tu cantik.. :)

  2. syamila says

    tadika ira jenis yg ke 6…biasanya abahnye yg ambil…tapi minggu ni ummi kena ambil…sebab budak2 tu cakap…abah dh byk kali ambil, ummi sikit je…hik3…

    terpaksa la ummi keluar 12.30 tiap hari utk ambil ahmad & ira…kiranya rehat 1 jam setengah la minggu ni…he3

  3. says

    cantik uniform kakak onie… hijau pink plak tu.

    senang kan hanie, pegi tadika jalan kaki. tak risau terlewat ke apa. alahaiii… peneman2 ummi yg comel n montel tu. geram auntie dibuatnya!

    • says

      thanx k.izan… aah uniform ada sampai 3 helai tp jenis tshirt je onie mau pakai. ada satu yg jenis berzip ala2 baju muslimah tu dia tak mau pulak pakai sbb de zzip nye tu.. lahaii… byk karenah nye :p

      hehe… peneman2 yg comel lg setia. sabo ye k.izan, sikit je lg nk kluar peneman baru yg wangi ! ;)

  4. Effalia Macring says

    Saya memerlukan banyak lagi information mengenai ciri2x taska yg baik… bagi menyempurnakn assignment saya… cth ny: as a mother what will their choice for some taska that good for their child…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *