Checklist sebelum travel dengan anak-anak menaiki kapal terbang

Salam bahagia,

Kanak² terutamanya akan begitu teruja apabila hendak naik kapal terbang. Kita sebagai ibubapalah yang perlu pastikan segala-gala keperluan disediakan dan plan berjalan dengan lancar.

Checklist begini mungkin membantu bagi mereka yang akan travel menaiki kapal terbang bersama anak². Dan walaupun saya dan suami sudah alami pengalaman sebegini beberapa kali, checklist ini boleh dijadikan panduan di kemudian hari.

Sebelum perjalanan

  • Double-check jadual penerbangan. Pastikan sudah periksa beberapa kali jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan. Contohnya subscribe emel, SMS dan sebagainya.  Pengalaman kami, Air Asia akan inform via SMS dan emel untuk sebarang perubahan jadual penerbangan.
  • Cetak boarding pass di rumah. Ini menjimatkan masa anda di samping mengelakkan kekalutan ketika di lapangan terbang nanti. Sememangnya e-kiosk disediakan akan tetapi, untuk mereka yang nak travel bersama anak² kecil, harus elakkan perkara ini. Cetak boarding pass anda siap² di rumah, dan jangan tertinggal.
  • Terangkan kepada anak² tentang sekuriti. Jika anak anda baru pertama kali atau sudah lama tidak naik kapal terbang, terangkan kepadanya tentang proses sekuriti di lapangan terbang. Contohnya, barang² di tangan yang perlu diletakkan dalam bakul untuk diskrin.
  • Tahu apa yang anda bawa dan usung. Faham² sajalah situasi apabila nak handle anak², dengan beg² sandang dan beg tarik untuk diusung. Sebolehnya ringkaskan beg² ini menjadi satu atau dua beg tarik, juga gunakan backpack untuk barang² sampingan. Elakkan beg bimbit jika anda memang perlu awasi anak².
  • Rancang untuk bawa kereta sorong. Jika jarak antara tempat menunggu dengan tangga kapal terbang agak jauh, anda patut fikirkan untuk membawa kereta sorong (stroller) jika membawa anak kecil. Ini menjimatkan tenaga dan memelihara emosi ;) Kereta sorong boleh dilipat dan dibawa masuk ke atas kapal terbang, sama juga dengan kerusi roda.

 

 

Ketika di lapangan terbang

  • Khaskan beg keperluan sampingan anak². Jika anda travel bersama anak² kecil, kau atau tidak, wajib ada simpanan stok kudap²an, sedikit mainan dan juga alatulis supaya mereka tidak cepat bosan dan kita sebagai ibubapa mudah nak handle mereka ketika penerbangan.
  • Sentiasa tanyakan seat lebih. Jika anda tidak beli seat lebih untuk anak² yang berusia atas 2 tahun (anak² bawah 2 tahun boleh duduk di atas riba), sentiasa sangkakan yang kapal terbang itu sudah penuh. Belilah seat lebih siap².

 

Packing & Pengetahuan Sekuriti

  • Periksa garis panduan bagasi. Ambil tahu tentang limit bagasi sesebuah syarikat penerbangan. Contohnya, limit bagasi Air Asia ialah 30kg, jika lebih daripada itu, caj akan dikenakan. Jadi jika anda tahu/boleh anggar berat bagasi anda, maka akan terselamat dari terkena caj lebihan. Dalam hal ini, peranan backpack agak membantu untuk mengisi barangan sampingan kerana backpack boleh diusung ke atas kapal terbang tanpa dikenakan sebarang caj.

 

  • Jangan pakai kot terlalu besar. Ini jika anda hendak travel ke negara² beriklim sejuk. Elakkan memakai kot yang terlalu tebal kerana ianya menyukarkan anda ketika proses screening di lapangan terbang.
  • Jangan usung hadiah.  Tak perlulah usung hadiah yang dah dibungkus, kerana ianya akan dibuka oleh pegawai keselamatan lapangan terbang. Letakkan sahaja tanpa berbalut di dalam beg sandang anda.
  • Bersedia untuk sekuriti.  Bersedialah untuk proses x-ray kereta sorong anak anda. Ini tidak semestinya akan berlaku, tetapi bersedia sajalah secara mental.

Lain-lain

  • Bungkus stok makanan/susu bayi sebanyak mungkin. Bungkuslah stok susu/makanan bayi secukupnya sehingga selesai tempoh penerbangan. Bawakan snek² untuk kanak-kanak yang lebih besar. Itu pun jika anda tak kisah untuk membeli makanan/minuman di atas kapal terbang yang harganya agak tinggi.
Merujuk artikel Parenting.com, diterjemah dan diolah semula dengan pengalaman sendiri.

Syukur, setakat ini pengalaman kami suami isteri sudah beberapa kali membawa anak-anak travel naik kapal terbang. Memang adakalanya mencabar apabila mood anak² tidak menentu, tambahan lagi bila membawa bayi sebesar Huzaifah. Tentunya tak mahu duduk diam lama².

Travel menaiki kapal terbang yang terkini ialah ke Pulau Langkawi. Syukurlah tak memakan masa yang lama kerana jarak yang agak dekat (Penang – Langkawi).

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *