UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Checklist barangan asas yang perlu dibawa untuk travel bersama anak-anak

Posted on September 12, 2013September 12, 2013 by Ummi Hanie

Salam wbt.,

Kami sedang melalui fasa anak² kecil, untuk berapa tahun lagi akan datang, tidak tahu. Yang pasti, anak paling kecil baru berusia 2 tahun, dan adiknya juga bakal lahir. Jadi, panduan checklist barangan asas untuk travel bersama anak-anak ini masih WAJIB diambil berat. Kerana kami suka travelling, tak kiralah merentas laut ataupun tidak. Merentas laut pun, setakat ini baru sampai ke negara jiran sahaja. Teringin juga nak menjejak Eropah. Dapat ke Australia pun jadilah juga ^-^

Keperluan² Asas

Kadangkala, sekecil² keperluan seperti berus gigi anak-anak pun kita akan terlepas pandang dek kerana sibuk mengemas kain baju mereka. Berapa pasang baju/seluar nak dibawa untuk sekian² hari travelling? Baju spare (ganti) berapa banyak nak dibawa, kot² tak dapat mendobi nanti. Tambah kalau bawa anak kecil seperti baby yang masih berlampin, tentu banyak kemungkinan pakaian dikotorkan akan berlaku. Pening! So… kita buatlah checklist….

credit pic: fodors.com

Ini antara list barangan keperluan asas dan PENTING ketika travel bersama anak²;

  • Ubat²an asas seperti ubat demam, batuk, selsema, alergi, lelah.
  • Alatan first-aid
  • Termometer
  • Ubat tahan mabuk
  • Lampu tidur
  • Plastik beg
  • Mainan ringan
  • Car seat
  • Kereta sorong / sling carrier (untuk menggendong bayi)
  • Baby wipes
  • Kain napkin/tuala
  • Air botol
  • Backpack
  • Baju ekstra

Berikut saya pecah²kan mengikut beberapa kategori;

Pembungkusan

Berus gigi
Sun block
Baju mandi
Topi
Cermin mata gelap
Payung
Air botol
Krayon dan buku mewarna
Mainan dan buku aktiviti
Kamera, DVD, dll.
Snek
Ubat²an

Untuk bayi

Car seat
Kereta sorong (stroller)
Lampin dan beg plastik (utk membuang lampin kotor)
Baby wipes
Bedak
Susu Formula
Puting

Botol dan puting ekstra

 

Dalam kereta

Bantal
Selimut
Tisu
Beg sampah
Alatan first aid

 

Dalam kapal terbang

Bagasi untuk pakaian salinan tambahan
Snek tambahan
Kereta sorong mudah alih
Mainan kecil

Checklist ini adalah hasil rujukan saya di web dan juga hasil pengalaman sendiri ketika travel bersama anak-anak kecil khasnya. Ada yang tak berapa penting pun kan, so abaikan je.

Nak cerita sedikit bab stroller (kereta sorong). Sebelum² ni kami tak pernah terfikir nak bawa stroller untuk travelling naik flight. Renyah juga kan kena dukung anak kecil, jalan jauh dari airport nak naik ke flight. Maklumlah, flight tambang murah, memang kena jalan jauh sikit. Start tahun ni baru kami pandai sikit bawak stroller, angkut naik flight terus. Kan senang! Boleh je… Tak ada siapa nak marah pun, dah kerja staff penerbangan untuk simpankan stroller anak kita.

Pic atas ni di Langkawi… Kami ke sana by flight. Stroller tu turun temurun dari anak sulung… naik segan juga memakainya sebab dah hampir nak uzur, tapi yg penting, masih boleh digunakan ^-^ Baby carrier tu kami ada, tapi tak berapa kuatlah nak mendukung budak guna benda tu. Kalau newborn baby, boleh tahan lagi. Stroller lah pilihan terbaik, alah membeli menang memakai.

Seronok bawa anak-anak berjalan ni… kesian kat mereka asik terperuk je di rumah kan… kita mak pak pun sama… stress. so kita buatlah annual planning untuk jalan-jalan travel ke tempat orang walaupun secara bajet. Tak dapat jalan jauh, yang dekat-dekat pun jadi…

Incoming search terms:

  • aiskrim cornetto (57)
  • kata2 motivasi diri (18)
  • faezah elai (17)
  • wanita paling kerdil di dunia (16)
  • emmamaembong (15)
Tweet
Fb-Button

10 thoughts on “Checklist barangan asas yang perlu dibawa untuk travel bersama anak-anak”

  1. titan says:
    September 12, 2013 at 6:46 PM

    anak memang semua sama muka. wahh..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 12, 2013 at 9:38 PM

      sama acuannye.. same le muke… ;)

      Reply
  2. akubiomed says:
    September 12, 2013 at 11:15 PM

    Kalau bawa anak kecil barang keperluan mereka penuh bonet. :-)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 13, 2013 at 12:26 AM

      betul.. barangan mereka mengalahkan orang dewasa jumlahnya

      Reply
  3. zie fauzi says:
    September 13, 2013 at 1:56 PM

    zie kalau jalan ke mana2 mmg lebihkan baju anak2… baju depa saja dah penuh beg..belum lg barang mak paknya….

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 13, 2013 at 2:27 PM

      tu la kan… anak2 didahulukan gitu… takkan asik nak membeli jer… baju kat rumah berlambak

      Reply
  4. Juan says:
    September 13, 2013 at 3:29 PM

    kamera memang x terlepas, rugi bercuti dan jalan jalan tanpa kamera

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 14, 2013 at 12:55 PM

      betul tu Juan

      Reply
  5. syamila says:
    September 20, 2013 at 8:57 AM

    mmg best jalan2 dengan budak2…walaupun penat tapi bila tengok mereka gembira….puas hati…. ;-)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 23, 2013 at 2:26 PM

      ye betul kak sya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 68
  • Page views today : 72
  • Total visitors : 287,243
  • Total page view: 824,227
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme