Cerita ceriti Homeschool

Alhamdulillah terupdate jua blogku ini dgn entri berkaitan homeschool yg masih lagi fresh dalam diari hidup Ummi Hanie .

Alang2 dah masuk topik homeschooling, ni nak story sikit pasal teman encik somi yg berasal dari  Bangladesh, wifenya Indian (malbari) tapi berwarganegara Canada – Canadian. Depa baru je pindah sini  dari Canada tak sampai setahun jagung lagi. Reason ? Sebab nak selamatkan IMAN anak2 depa dan depa sendirilah. Depa bercakap pun dalam bahasa Inggeris. Kalau kita pejamkan mata, memang ingat depa ni omputeh  tapi bila bukak mata. Laaa . . . indian type rupenya… Hihi. Just joking ok. Langsung tak berniat nak mempersendakan mana2 bangsa.
Macam ni ceritanya …
Depa ni dah lama menetap di Canada, tau jelah negara orang kafir kan. Dan depa dah amalkan homeschooling ni sejak dok di sana lagi dan still continue di sini. FULL TIME ok. Langsung tak hantar ke sekolah2 biase ni.
Masih tertanya2 kenapa saya kata depa nak selamatkan IMAN depa tadi ? Maaf ye kalau bahasa saya ni agak keterlaluan… Depa tak percayakan sekolah2 biasa ni. Yg paling menakutkan depa ialah pergaulan anak2 di luar rumah, kalau2 tercampur dgn kawan2 yg tak betul hala tujunya, habis anak depa terpengaruh, tambah2 lagi jika duduk di negara barat mcm Canada tu.
Ok back to the homeschooling story. Si suami ni (kawan hubbyku) lecturer jugak la di USM Nibong Tebal nih. Wifenya full time housewife macam saya juge. Tabiklah kat wife dia ni. Bukan setakat dia boleh ajor pelajaran akademik pada anak2, tapi HAFAZAN Al-Quran pun buleh beb ! That means, 2 in 1. Duniawi dapat, ukhrawi pun dapat. Tapi kan, u all jangan tak tau ye. Memang nampak macam menghafal al-Quran ni sumthing yg agak susah, renyah dan sebagainya but once u dah jadi hafiz/hafizah , semua ilmu duniawi ni senang2 je dapat. This happens to my bro-in-law sendiri, Hj. Mohd. Azhar. *mude2 lagik dah haji taw!*
homeschooling
Balik pada story tadi sikit lagi. Fenomena keluarga ini agak memberi kesan pada saya. Saya mula berfikir dan berfikir bagaimana mereka boleh lakukannya dengan penuh dedikasi dan disiplin. Saya rasa saya tak mampu. One more thing, nasihat saya pada diri sendirilah; don’t do things that you really can’t do properly. Belajar perlahan2, simpan dulu segala idea yang idea dan beri masa untuk otak kita ‘mencernakannya’. Ya, otak perlu mencerna dulu apa2 maklumat sebelum buat apa2 tindakan. Barulah mental dan fizikal sama2 seiring. :)
So far, my own part time homeschooling is quite good lah. Masih di Stage 1, ke belum sampai pun. Apa yang penting, niat tu nak kena ada dulu , then slowly we apply it day by day and improve it to a better level . InsyaAllah !
Ok nak sambung entri Homeschool Versi Ummi Hanie Part 2 pulaklah . Tata ~

31 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *