UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu
rebat rm200 SKMM

Cara memohon rebat RM200 SKMM untuk telefon pintar

Posted on May 29, 2013March 4, 2016 by Ummi Hanie

Orang lain dah lama apply, kita baru nak sibuk² memohon. Tak apalah, janji apply. Ada rezeki, jangan ditolak. Tu je prinsip saya. Senang ~

Lepas dah berjaya apply sijil perniagaan dari SSM pada hujung tahun lepas dan geran Get Malaysian Business Online (GMBO) beberapa bulan lalu (oh belum cerita yer. tunggu…) Hari ni mengorak langkah apply borang rebat RM200 untuk telefon pintar dari laman web Pakej Komunikasi Belia di bawah naungan SKMM.

Cara memohon rebat RM200 SKMM untuk telefon pintar mudah sahaja;

1. Untuk PELAJAR: https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar.

2. Untuk PEKERJA: https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja.

3. Isi borang yang diberi dengan maklumat anda yang BETUL. Ada 4 langkah di situ.

4. Selesai.

Ha beginilah rupa borang online tersebut;

borang rebat telefon SKMM

 

Pakej Komunikasi Belia akan menghantar emel notifikasi untuk permohonan kita. Di dalam emel tersebut juga ada diberi nombor rujukan permohonan dan fail permohonan dalam bentuk PDF.

 

Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200):

i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia.

 

Dipetik dari blog ezany-kun.com, ini ialah senarai telefon pintar yang telah dikemaskini oleh SKMM;

 

Apple iPhone 5
Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy Mini 2
Samsung Galaxy S3 Mini
Samsung Galaxy Y
Samsung Galaxy Note 2
Samsung Galaxy Ace Plus
Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy Nexus
LG Optimus LE E400
HTC Desire C
HTC One X
HTC Wildfire S
HTC Desire X
HTC One S
Nokia Asha 311
Sony Xperia Tipo Single
Sony Xperia SL
Sony Xperia Ion
Sony Xperia S
Huawei Ascend P1
HTC Windows Phone 8X
Ninetology BlackPearl 2 i9400
Ninetology Stealth 2 i9500
Palette i5300
ZTE Acqua
Yes Buzz 4G Cloud Phone
Insight i9430

 

Yang mana satu pilihan anda??

Kalau saya, saya pilih Apple iPhone 5 atau Samsung Galaxy S3 atau Samsung Galaxy Note 2.

 

Setakat ni saya belum berniat nak tukar telefon pintar lagi kerana yang ada sekarang ni walaupun hanya iPhone 3Gs, sudah memadai dan memuaskan hati saya serta masih elok kondisinya. In case, suami saya nak beli telefon pintar baru kerana iPhone beliau sudah mula nak buat onar, mungkin saya ‘sedekahkan’ rebat RM200 ni kepada beliau memandangkan syarat kelayakan hanya memihak kepada saya. Begitulah ceritanya….

 

Kalau yang masih tak clear apa itu REBAT… senang kata, diskaun lah. Katakan smartphone tu harganya RM1.5k. Tolak dengan rebat RM200 ni, jadilah RM1.3k saja harga tepon tu…

 

Tweet
Fb-Button

7 thoughts on “Cara memohon rebat RM200 SKMM untuk telefon pintar”

  1. titan says:
    May 29, 2013 at 5:43 PM

    ohh..dah terlupa pasal benda ni. haha

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      May 29, 2013 at 5:57 PM

      dah apply ke?

      Reply
  2. akubiomed says:
    May 29, 2013 at 8:22 PM

    Adik saya pun mohon skim ini. Beliau memilih DiGi dapat Smartphone Alcatel percuma.

    Reply
  3. topo says:
    May 30, 2013 at 3:36 AM

    dah berjaya tebus rebat ni dekat seng heng 2-3 bulan lepas.. ambik motorola.. ok juga seng heng banyak pilihan telefon

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      May 30, 2013 at 3:39 PM

      wah topo lama x nmpk… ;)

      amik motorola yer.. ok tak? da lama tak terjah sengheng

      Reply
  4. puan kutu says:
    June 5, 2013 at 4:00 PM

    nak apply pun macam tak mampu je nak beli telefon pintar.pakai cap ayam sudah.muahaha…

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 5, 2013 at 5:24 PM

      katanya yg bawah rm500… so kalo lepas rebat, rm300 jer baki..

      takpelah, cap ayam pun janji leh call, sms dah cukupp ;)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 29
  • Page views today : 35
  • Total visitors : 286,642
  • Total page view: 823,588
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme