Cara memasukkan kod Google Analytic dalam setting blog WordPress

Saya berulangkali melakukan proses ini setiap kali bertukar theme blog, dan adakalanya terlepas pandang juga. Akibatnya tidak dapat melihat analitik/statistik blog di Google Analytics.

Penting ke benda ni semua? Bagi yang ambil kisah tentang perjalanan blognya, ya penting. Bagi yang ambil kisah data pengunjung, data referral, data trafik blog bulanan/harian… ya penting.

Katakan ada job advertorial menanti anda, ini satu peluang yang tidak harus dilepaskan, bukan? Jadi, statistik dari Google Analytic ni diperlukan kerana pengiklan biasanya nak lihat prestasi trafik blog kita.

Selain dariapada google analytic, saya mengkaji statistik blog dari cPanel juga. Awstats namanya. Kalau statistik Nuffnang rasanya tak boleh pakai sangat… hehe jangan mare ye incik Nuff .

contoh paparan google analytic ummihanie.com bagi bulan November ’12

Cara memasukkan kod Google Analytic dalam setting blog WordPress

Kalau susah sangat nak jumpa kodnya, taip saja “Google Analytic Code” dan tekan butang search. Anda akan jumpa kod sebegini;

 

<script type=”text/javascript”>

var _gaq = _gaq || [];
_gaq.push(['_setAccount', 'UA-9989487-2']);
_gaq.push(['_trackPageview']);

(function() {
var ga = document.createElement(‘script’); ga.type = ‘text/javascript’; ga.async = true;
ga.src = (‘https:’ == document.location.protocol ? ‘https://ssl’ : ‘http://www’) + ‘.google-analytics.com/ga.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(ga, s);
})();

</script>

 

Terlebih dahulu kena ada akaun Google Analytic dululah. Steps seterusnya;

  • Pergi ke tab Appearance > Editor > Header.php
  • Copy kod di atas tadi dan gantikan font yang berwarna merah itu dengan ID anda. Sila lihat di dashboard Google Analytic.
  • Pastekan kod tersebut sebelum coding </head> dalam file Header.php tersebut.
  • Save update. Siap.

 

Incoming search terms:

Share sebagai tanda persahabatan...

About Ummi Hanie

Surirumah sepenuh masa (5 org anak), part-time blogger, WAHM (menjalankan perniagaan online). Segala yang tercoret di sini kebanyakannya adalah kisah peribadi (yg tak terlalu peribadi),kisah anak-anak dan adakalanya diselitkan sedikit info semasa, tips, food review, travelog, dll. Saya tidak bertanggungjawab atas segala komen/tanggapan negatif dari pembaca. Read at your own risk. Dialu-alukan untuk bekerjasama dengan saya bagi slot food review, advertorial, dan seumpamanya. Emel saya; ummihanie@hotmail.com
This entry was posted in Blog, WordPress and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

24 Responses to Cara memasukkan kod Google Analytic dalam setting blog WordPress

  1. kakngah says:

    oo.. ini macam ka?? nanti mau letak la.. tp.. blog tgh down. dah 2-3 hr. hampeh kan???

  2. akubiomed says:

    Ada digunakan Google Analytic. Perlu pandai baca data yang ada didalamnya kalau tidak tiada gunanya kerana ia boleh memberatkan blog.

    • Ummi Hanie says:

      Ye benar tu.. Dulu2 sy mmg x reti dgn benda ni, alhmdllh ada keinginan nk kaji sikit, fahamlah juga..

      Bab mmberatkn blog tu sy x tahu pula. Ada jln utk ringankn tak?

  3. Datin Tyka says:

    cadangan saya letak pada widget. sebab kalau kita tukar theme, code tu akan hilang.. jika letak di widget, tukar theme pon, kita bole letak widget tu juga

  4. GreenLava says:

    Kalau guna Blogger senang, pakai masuk ID jer

  5. izan ishak says:

    dulu2 kak izan pernah masukkan google analytics dlm blog. tapi bila tukar2 theme dah malas dan terlupa terus. bagus utk lihat prestasi blog kan secara tepat n telus…

    # oh ya… hanie ada menang kat blog ina intan berlian tau.

    • Ummi Hanie says:

      tu lah k.izan… hanie pun dah beberapa bulan rupanya ter’missed’ letak coding GA ni… dah hilang rekod.. ni baru letak balik ha

      yup, ina pun dah contact Hanie tadi… dan Hanie dah emel pun… thanx ya ;)

  6. ajumohit says:

    owh dah tukar theme, nmpk kemas dan mudah dibaca, tq for the info, nnti nk try letak jugaklah, bab2 ni mmg buta it betul ;)

  7. ejam says:

    GA memang perlu untuk blog, nuffnang punya memang tak boleh percaya sangat.

  8. Saya pakai plugin je. Kalau tukar themes pun tak payah nak risau dah. Hehe

  9. Annis says:

    info best ni :)
    bley belajar pasal GA

  10. Tunjuk ajar yg baik terutama bagi mereka yg suka buat analisa blog. Kawe dah lama tinggalkan bab statistik ni.. Penat mengkaji tetapi blog gitew gitew ajer.. ahak ahak..

  11. Izzat Eshak says:

    Google analytics banyak membantu membuat kajian prestasi blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam