Cahaya Malaika slot Samarinda TV3 2015

Cahaya Malaika slot Samarinda TV3 2015 | Eh bukanke dengar cerita hari tu Que Haidar sudah hendak berhenti berlakon? Katanya cik puan isteri tak beri kebenaran…. wallahua’lam.

Okay berita baik buat semua peminat Que Haidar, nantikan kemunculan Cahaya Malaika 2015 nanti di slot Samarinda TV3. Macam best je drama ni.

que haidar wife

Cahaya Malaika terbitan Enuja Production Sdn Bhd bermula jam 9 malam.

Telefilem arahan Raja Mukhriz ini dibintangi Que Haidar, Sharifah shahora, Riz Amin, Roy Azman, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Que melakonkan watak Ezra berusia 30an seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya dibebani hutang yang banyak sekaligus membuatkan isterinya Lily dan anak mereka Hanna turut mendapat tempias kesusahan terbabit.

Ezra membawa keluarga ke kampung, tinggal di rumah peninggalan arwah ibunya untuk lari daripada Along dan mahu memulakan kehidupan baru. Namun dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap.

Kehidupan Ezra semakin sukar, dia gagal menyiapkan novelnya dan isterinya Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi ‘high class escort’ di bandar.

 

 

cahaya malaika que haidar

Ezra yang tertekan mula rasa kepayahan menjadi bapa tunggal membesarkan anaknya, ditambah dengan Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan tersebut.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Ezra yang sering tertekan dan sakit kepala, disahkan mengidap barah otak. Ezra bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan dalam masa yang sama mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan rumah arwah ibunya itu.

 

Lily yang menyedari akan kesilapannya meninggalkan Ezra dan Hanna mula merasakan kekayaan tidak menjamin kebahagiaannya. Dia mahu kembali semula kepada Ezra namun semuanya sudah terlambat.

Que ketika berhubungannya menerusi aplikasi khidmat WhatsApp memberitahu penonton akan menyaksikan mainan emosi dalam cerita ini.

“Kena sedia tisu sebab cerita ini pasti mengundang air mata,” katanya yang baru saja muncul dengan filem Ophilia di sisi Pekin Ibrahim.

 

-kredit

Incoming search terms:

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *