Cabaran minum susu dalam 21 hari

Cabaran minum susu dalam 21 hari

[sticky:48hrs]

Jika anda perasan entri² sebelum ni ada bercerita tentang tabiat minum susu, betul tak? Ya, kempen minum susu dalam 21 Hari masih diteruskan, dan sudahkah anda bersama-sama saya menyahut cabaran ini? ;)

Bagi yang belum menyertai, mudah saja kempen ini. Buka galeri idea di laman aplikasi Facebook: Kempen Minum Susu Dalam 21 Hari dan cuba aplikasikan idea² sajian di situ. Setakat ini, kami sekeluarga masih tidak meninggalkan amalan minum susu pada setiap hari. Nampaknya kempen ini memang benar-benar menjadi ;)

Untuk kami sekeluarga, jika tidak sempat aplikasikan apa² idea sajian susu Dutch Lady, kami minum begitu sahaja. Cukup menceriakan hari kami. Terima kasih Dutch Lady ! :)

nikmati susu dalam 21 hari

Hujung minggu yang lalu, kami  travelling dalam jarak jauh. Jika berkesempatan berhenti di mana² R&R, susu Dutch Lady akan jadi pilihan minuman kami. Anak² memang sangat gemarkan susu kotak Dutch Lady perisa strawberry dan coklat. Kami suami isteri pun sama… Jadi, sekurang-kurangnya perlu ada 2 kotak susu saiz BESAR atau 3 set susu kotak saiz kecil untuk melengkapkan 2 kali sajian susu dalam sehari.

stok susu Dutch Lady

Untuk sajian susu di rumah, jikalau tidak pada waktu pagi, pada waktu malam saya akan bancuhkan satu jag susu tepung Dutch Lady untuk minuman kami sekeluarga. Lebih mantop jika dibancuh sejuk. Akan tetapi yang panas pun bestjuga… :) Terpulang pada kehendak tekak masing-masing.

booth Dutch Lady

Gambar di atas ini ketika di salah satu booth Dutch Lady di dalam Midvalley, Kuala Lumpur. Kami membeli 2 botol susu yogurt Dutch Lady perisa Strawberi dan Mangga. Sooo yummy dan menyihatkan! Nampak tu, stok susu di rumah masih banyak pun masih mencari-cari lagi Dutch Lady di pasaraya ;).  Memandangkan perut saya mengalami masalah penghadaman pada hari itu, susu yoghurt Dutch Lady sedikit sebanyak membantu mengatasinya. Di dalam yoghurt terdapat sejenis bakteria baik bernama Lactobacillus bulgaricus. Syukur, setelah 3 hari berturut-turut mengamalkan minuman yoghurt Dutch Lady, masalah penghadaman saya kembali pulih dan perut saya kembali selesa.

Kalau nak tahu kebaikan-kebaikan bakteria baik atau bakteria prebiotik ini antara lain ialah;

  • Meningkatkan kemampuan usus besar menyerap zat mutagenik dan mencegah kanser.
  • Meningkatkan kekebalan tubuh dengan kandungan zat antitumor.
  • Alternatif untuk diet sehat karena memiliki kandungan gizi sangat tinggi, sedangkan kandungan lemaknya yang rendah.
  • Menurunkan risiko infeksi candida pada penderita diabetes.
  • Mencegah osteoporosis.

Yoghurt merupakan salah satu hasil olahan susu yang mengalami fermentasi akibat dari aktiviti enzim yang dihasilkan oleh bakteria Streptococcus thermopilus dan Lactobacillus bulgaricus. Yoghurt juga biasanya digunakan sebagai sajian bagi orang-orang yang ingin melangsingkan tubuh badan. Jika mengalami cirit-birit, pengambilan yoghurt atau minuman berasaskan yoghurt adalah sangat digalakkan.

Kredit info: http://amaybiojanna.wordpress.com/2012/03/04/manfaat-bakteri-lactobaccilus-bulgaricus/

Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari

 

Jom ringan-ringankan tangan untuk tekan button KONGSI @ SHARE yang terdapat di laman aplikasi Facebook untuk kempen terbaek dari ladang ini. Selain itu, kalian juga boleh mencetak mana-mana idea sajian susu Dutch Lady yang berkenan di hati. Bagi yang sudah menyertai, Syabas diucapkan dan jangan lupa semak nama anda dalam senarai nama pemenang mingguan. Nak cetak pun dialu-alukan… Tekan sahaja butang CETAK yang disediakan pada setiap idea sajian.

Lebih banyak penyertaan, lebih BESAR peluang anda untuk menang RM200! Dan yang paling penting, tabiat yang sihat iaitu minum susu setiap hari dapat dipupuk.

Keputusan pemenang bagi hari yang ke-8 hingga ke-14 telah pun dimumumkan pada 3 September ’12 yang lalu, manakala manakala keputusan bagi hari yang ke-15 hingga ke-21 akan
diumumkan pada 10 September 2012. Jom kita lihat siapakah pemenang-pemenang bagi minggu kedua.

 

Wah, memang kreatif dan menggiurkan sekali idea sajian pemenang-pemenang mingguan tersebut! Salah seorangnya (saya highlightkan dalam kotak merah) ialah rakan mom blogger saya sendiri iaitu kak Zefa. Tahniah diucapkan. Selepas dapat duit kemenangan RM200 nanti bolehlah belanja saya minum Dutch Lady ye? Hihihi… Bagi yang belum terpilih, jangan putus asa kerana masih ada satu minggu lagi untuk memerah idea resepi sajian  dan dihantar ke: laman aplikasi Facebook Dutch Lady Malaysia.

Nah, Nampak kan? Pelbagai sajian berasaskan susu dapat direka apabila Dutch Lady mewujudkan aplikasi hebat ini. Saya rasa seperti tidak sabar-sabar hendak mencuba  resepi-resepi pemenang seperti;

Bubur Jagung Dutch Lady, Sago Sihat Sri Vanila, Banoffee Smoothie & Cream Puff Enak di mulut. Resepi-resepi yang tidak menang pun banyak juga yang best-best, cuma kurang bernasib baik sahaja untuk terpilih sebagai pemenang mingguan. Saingan sengit, bukan begitu?

Pada setiap resepi, ada butang “Share”. So jangan lupa share/kongsikan keseronokan menikmati susu ini bersama-sama keluarga dan teman-teman ya! Dan selepas pengumuman pemenang-pemenang bagi Minggu ketiga diumumkan yakni pada 10 September 2012, butang “Idea Rawak” akan diaktifkan dalam aplikasi FB Dutch Lady tersebut.

Apakah kegunaan butang “Idea Rawak”? Menarik sekali. Ianya membantu kita memilih idea sajian susu dalam 21 hari secara random pick, jadi tidaklah bergantung kepada idea pemenang-pemenang mingguan sahaja. Faham kan? Gunakan butang ini sebaik-baiknya untuk menyediakan sajian susu harian anda. Butang “Cetak” pula membolehkan anda mencetak senarai sajian yang sudah dipilih secara random tersebut.  Tak sabar rasanya nak menggunakan butang “Idea Rawak” nanti supaya saya dan keluarga berpeluang menikmati sajian susu yang mencukupi, enak dan menyeronokkan. 2 sajian susu sehari, sihat dan bertenaga sepanjang hari!

 

Incoming search terms:

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *