Cabaran menyahlampinkan anak

Assalamualaikum/Salam sejahtera !

Urusan rumahtangga, anak-anak memang tak pernah habis, ditambah tokok lagi dengan bisnes online dari rumah. Alhamdulillah, masih boleh bertahan. Suami ada hint² suruh berehat dari buat biz kejap sebab saya dok mengeluh sakit belakang aje. Tapi, kalau dah jatuh cinta tu, memang susahlah nak stop melainkan saya benar² jatuh sakit (nauzubillah!) ataupun berehat bersalin… hihi ~

Cabaran terkini, nak menyahlampinkan si anak ke-4. Zaid yang kiut miut tu… haha maknya puji sendiri yer. Umurnya dah mencecah 4 tahun ni walaupun badannya kelihatan agak ‘comel’. Kiranya lewat jugalah menyahlampin ni. Terasa agak mencabar pula kali ni, macam anak pertama pula. Masuk ini, sudah kali ketiga cubaan dibuat. Nampak gaya kali ni masih bertahan walaupun dah terbabas poo² dan pee² beberapa kali di serata rumah. Pheww~ amat menguji kesabaran. Tapi kali ni saya nekad nak selesaikan sampai habis.

 

 

 

khusyuknyaaa tengah menelaah ape lah tu…

Masuk hari ketiga, nampak Zaid dah macam pandai sikit nak bagitau bila dia nak pee² dan poo². Tapi esoknya hari keempat dia buat balik terbabas². Haishhh sabooo je le kan. Antara cara nak menyahlampin dengan jayanya ialah dengan selalu bertanya anak tu samada nak pee², poo² atau tidak. Sejam sekali gitu kena tanya. Dan kalau agak² macam dah banyak jam dia tak pee² juga, kena bawakan anak tu ke tandas… Suruh dia kencing/beyak.  Itu yang memerlukan kesabaran tu kan. Kadang² kita ni ralit buat kerja rumah, tak pun ralit mengadap blog atau bisnes online.

 

InsyaAllah, sabar sikittt lagi, pandailah Zaid nak bagitau bila tiba ‘waktu kecemasan’ nye nanti… Tapi, bila nak tidur malam atau travel, saya masih pakaikan Zaid diaper.

 

Yup, sebelum ni Zaid saya pakaikan CD (Cloth Diaper) sama² dengan adiknya Huzaifah. Tapi saya rasa macam tak larat pula buat sementara waktu ni, ditambah pula saiz mereka sudah makin membesar, CD pun dah hampir tak muat. So, simpanlah dulu ye ;)

 

Cabaran menyahkan botol susu agak mudah pula. Tak macam anak² yang lain. Sekali cubaan je dah menjadi. Syukurlah. Rasa²nya dah hampir setahun Zaid berpisah dengan botol susu. Kini, giliran adiknya pula baru nak bermula. Jeng3x… ~

 

Sedikit sebanyak pengalaman parenting dan childhood dikongsikan di sini. Moga menjadi kenangan indah di kemudian hari.

15 comments

  • Oneblogsocial

    Terimakasih,entry menarik yang perlu kami baca

  • dakEpal sebaya Huzaifah… takpe, lambat lagi beb ;)

  • Anak saya baby Aslah berumur 3 tahun sudah tidak memakai lampin waktu siang sejak tahun lepas. Cuma tidur malam masih dipakaikan lagi bimbang bocor atas tilam. :-)

  • huhu….alya pun still pakai diapers… pernah sorok diaper dia tp pandai cari… bila cakap kakak dah besar kan..nak gi sekolah kan,kalau nak gi sekolah tak boleh pakai pampers… terus dia bantah cakap ibu dia,tak boleh nanti kencing jatuh…aduhai..hihi… tp dia pandai bgtau kalau nk berak,terus buka pampers gi toilet,masalah lain plak,kak alya terus tak jadi berak..tak tau la dia tahan ke apa… sampai skrg masih fail… mmg tekad masuk je bulan julai ni nk stop terus…

    botol dah xde dah…itupun sebab botol susu dia tertinggal kat hotel baru2 ni masa ikut abah gi kursus kt bangi… memula tu susah jgk dia asyik menyebut nk nenen… hihi… lama2 dia lupa…kalau ingat pun dia cakap,ibu..,nak susu dalam cawan… hihih…

    • mcm2 karenah ank ni kan zie…

      apa2 pun kita mmg kena bertegas sikit, bukan apa… budak dah makin besar… nak x nak terpaksa juga ajar x berlampin dan x berbotol… sabo je le nk lalui proses2 tu kan ;)

      zaid ni sy tgk muka dia lain mcm, senyap semacam je mesti ada “apa2” lah tu… cepat2 suruh pi bilik ayaq. klako pun ada

  • lagi awal tak pakai lampin memang banyak jimat rm untuk beli diaper, mungkin cecah rm100 juga

  • emmm mula2 mmg terbabas kan tp bila dah diingatkan spy pegi toilet dan kerapkali tanya soalan, diorg dh mula beringat ;)

  • nasib laila agak senang , dah dekat setahun lebih nyahlampin … sama umur dgn zaid ni …

    botol susu baru je di nyahkan ..dah 4 tahun , mcm tk elok gongong botol susu kan ..lg pun nak ada adik dah .. bee ganti dlm botol lain yang dia pilih sendiri di kedai , bancuh air letak dlm botol tu .. dia lupa terus botol susu nya

    • terbalik kes ye… zaid ni sng pulak nyahkan botol susu….

      kebetulan koleksi cawan p’ganti botol mmg ada dlm rumah, so takyah beli… cuma beli yg jenis ada straw tu je le…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *