Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Cabaran memelihara alam sekitar

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Cabaran memelihara alam sekitar

cloth diaper model

Salam ceria, assalamualaikum.

Pehh tajuk tak boleh tahan. Sejak bila pulak saya jadi aktivis alam sekitar ni? :p Sebenarnya ada maksud tersirat juga di sebaliknya. Orang puteh kata, killing two birds with one stone. Betul ke ayat saya nih (kalau ada pakar bahasa inggeris kat sini) ?

Iyelah, dunia yang kita diami selama ni dah begitu usianya betul tak. Makin lama makin banyak pencemaran berlaku. Jadi kalau ada solusi untuk bantu atasi pencemaran, why not?

Oklah. Begini… sebenarnya sejak minggu lepas saya macam dah buat keputusan untuk melampinkainkan anak² saya yang dua orang last tu (zaid & huzaifah). Stok lampin kain @ CD (Cloth Diaper) ada tapi sikit bebenor, tak cukup untuk seorang apatah lagi 2 orang. So dengan bersemangat wajanya saya order 10 set CDs dari seorang blogger yg menjual CD ni secara online dan kebetulan pula sedang nak ‘bersihkan’ kedai online nya… wah, langkah kanan betul ni. :)

Dari segi ekonomi pula, pemakaian CD ni sangat menjimatkan. Memang banyak kos perlu dikeluarkan pada awalnya tapi sangat berbaloi untuk kemudian hari. Percayalah… cewah ~ CD ni pulak tersangatlah comel, rasa syok sangat bila nak pakaikan kat anak². Teknik pemakaian dan pembasuhan CD ni pun taklah sesusah mana, lebih mudah dari lampin kain klasik tu.

Untuk rujukan sendiri juga;

  • Cara mencuci lampin kain moden @ CD

Hasrat nak berCD ni dah lama tapi masih tak kuat semangat lagi. Biasalah kan, nak mulakan langkah pertama tu memang mengambil masa sikit. Dah nula tu, insyaAllah laju sajelah langkah² seterusnya :) .

model CD ... Zaid

 

Perkenalkan, model CD kami, Zaid. Aisehhh gambor blur pulokk… ha itulah antara CD terawal dlm koleksi kami.

Kemudian sampai CD baru yg dipesan….

delivery box..besaar punya ;)

pic ni ambik Kakyong punye … tp censored kan sikit butir² tu ;)

 

cloth diaper model

Cuba teka tu mimik muka nak nangis ke senyum ? :p

yeayyy ... !

 

Terima kasih bebanyak Kakyong Shoppe kerana menjual CDs ni dgn harga minimum. Makin bersemangat teman nak meneruskan misi menCDkan anak² ni. Start daripada kelamrin, Zaid dah berCD penuh. Huzaifah belum start lagi. Tapi minggu lepas, depa berdua saya CDkan sekaligus dgn stok CD yang mana ada. Cukup² je untuk satu hari tu, dan malamnya pakai DD (disposable diapers) balik.

InsyaAllah, stok akan ditambahkan lagi mungkin pada masa akan datang. Tengok keadaanlah. CD koleksi baru ni dah separuh digunakan. Rasa macam sayang je nak guna sebab comel sesangattt…

 

cd

lihatlah CDs saya .... ;)

 

CDs & soapnuts

 

Apa itu soapnuts ? Soapnuts are totally natural and eco-friendly multi-purpose cleaner. Saya pun baru lagi kenal dgn benda ni. Tu pun Kakyong yg kenalkan. Ianya ialah pembersih pelbagai guna yang mesra alam. Semalam saya dah basuh CDs tu buat pertama kalinya dlm mesin basuh, terlupa pulak nak masukkan soapnuts ni. Takpelah, next time.

 

 

21 Responses

  1. iEyLa says:

    ehem2…ce tgk sape model nye tuh..hihi..
    xsabar nak ade baby sendiri..oppss…hihi

  2. suriati says:

    kak su ada 2 je CD. itupun digunakan ketika stok DD abes. Bab kencing tu ok lagi..tp bila mai bab yak yak chuk tu yg x brapa nak tabah lagi.nisah buat camne?lagi satu pressue air dlm bilik air x brapa kuat so lama nak menembaknye.

    • Ummi Hanie says:

      gitu ek k.su … ok le tu dah jinak2kan diri .. hehe

      bab yak2 tu mmg kena tabah le k.su. buat permulaan je kot… paham,tgh sarat ni mmg xlarat kan… tunggu le sok2 nnti… ;)
      pressure air mmg takle kuat sgt tp buat jugaklah kan… dah buang solids tu dlm toilet bowl, basuh lak kat sinki gune sabun sikit. sabun mandi pun ok

  3. lin azlina says:

    bagus kan CD ni…saya pun menggalakkan adik ipar saya guna..saya pun berhasrat nk guba CD jugak nnt kalo ada anak…jimat sikit kan

    • Ummi Hanie says:

      mmg jimat,lin. boleh cube kira kos sndiri .. congak2 jer… katekan satu DD rm0.60 kan … satu hari pakai 3-4 kpg, dah rm2 lebih kurang kan.
      rm2 x 30 hari = rm60

      rm60 x 12 bulan = rm720 … ha kan ke byk tu ;) ni pun congak2 jer

  4. puan kutu says:

    dulu time aiman tak fofuler lg cd nie..ke belum ada ekk?bagus pakai cd nie kan.comel2 tu yg geram tgok..

  5. zie fauzi says:

    dalam perancangan nak pakai CD jugak untuk adik Alya nanti… Misi untuk Alya dulu gagal, harap untuk bakal adiknya nanti berjaya… :)

  6. Denaihati says:

    menyahut cabaran mesra alam n juga berjimat. kalau tengok komen kat sini memang berbaloi sangat 3pcs rm100 boleah palai sampai bertahun2

  7. Mus says:

    dulu anak saya suka CD ada gambar spongebob

  8. nza says:

    anak2 akak xsmpt la merasa cd ni..semua main hentam pampers jerrr…….

  9. Ummi Hanie says:

    ikat perut gitu kakngah … so semangattt … ;)

    yup,berbaloi2 kan…. dakEpal lak boleh gune skrg .. comel lak tu :p

  10. kakyong says:

    tahniah hanie.. terus kan berCD..
    org kata alah bisa tegal biasa.. bila dah biasa, tiada yg mustahil… ;)

    kakyong ni anak2 dah off CD.. ni pun tak sempat lagi nak buat ‘strip-wash’ utk CD yg terpakai tu..

    p/s heheh… gambor parcel tu memang x publish di mana2.. memang nak tunjuk kat hanie jer… ;)

    • Ummi Hanie says:

      thanx kakyong … insyaAllah dah dpt momentum pemakaian CD ni sikit demi sikit… ;)

      nnti leh ajor ape lak strip wash tu ye … bestnye anak2 dah selesai hal diapering ni kan…

      p.s : ye tahu, saje gatel nak tunjuk gak gambo parcel tu :p

  11. syamila says:

    wahhhh….hanie dh mula bercd…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *