UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Cabaran iPad #2 MySuperKids : Duit dan Ramadhan

Posted on August 7, 2011August 7, 2011 by Ummi Hanie

 

Salam Ramadhan ke-7 . Masuk hari ini genap seminggu kita semua menjalani ibadah puasa .

Puasa tak semua ? Of coz lah kan …

Oklah saya dengan gigihnya mara ke next stage untuk Cabaran kedua iPad MySuperKids  dengan tema Duit & Ramadhan …

 

Duit ? Ramadhan ?

Apa kena mengenanya ya ?

 

 

Well , jika difikir secara logik akal , kehidupan seharian kita takkan terlepas dari menggunakan DUIT . Apatah lagi jika sesuatu event bakal menjelma contohnya sambutan ulangtahun perkahwinan , majlis hari jadi , ataupun Hari Raya ! Ya , bukankah Hari Raya (Syawal) menjelma selepas bulan Ramadhan ? ;)

 

 

 

Makanya ketika bulan Ramadhan inilah ramai di antara kita yang mengeluarkan sejumlah DUIT untuk persiapan Aidilfitri . Tapi tak kurang juga yang sudah buat persedian sejak awal lagi .

 

Bagi yang memiliki keluarga besar (jumlah anak yg ramai) , tentulah perbelanjaan juga besar . Pakaian , kasut , tudung , sampin , dan lain² kelengkapan diri lagi . Ibu² pula perlu memikirkan stok biskut raya di rumah , langsir nak ditukar atau tidak , perabot masih elok atau tidak … banyak sungguh perbelanjaan menjelang perayaan kan …. walaubagaimanapun , jika mengamalkan cara hidup yang sederhana , memadailah dengan apa yang ada . Mungkin sekadar sepasang baju raya baru seorang , langsir masih elok tak perlu ditukar , perabot pun masih boleh dibaiki jika rosak . Tak perlulah semuanya hendak diganti baru .

 

Dan tidak disangkal juga yang bulan Ramadhan merupakan sumber rezeki bagi sesetengah orang . Peniaga pakaian , aksesori , tudung , biskut/kerepek sudah tentu meraih keuntungan lebih pada bulan ini . Itulah rezeki masing-masing …. Tak kurang juga dnegan peniaga² bazar Ramadhan yang setiap hari tidak lekang dari pengunjung yang bakal rambang mata melihat pelbagai  juadah menarik dijual . Hati² ya , jangan terlalu ikutkan nafsu mata … nanti membazir pula ;) .

 

 

 

Sepatutnya di bulan Ramadhan kita dapat berjimat cermat dari segi penyediaan makanan , akan tetapi yang sebaliknya pula berlaku . Bukanlah salah untuk membeli di bazar Ramadhan , akan tetapi berpada-padalah … Bukankah air tangan kita ibu² ini jauh lebih berkat ? ;) Bagi yang bujang pula , lagilah dapat berjimat kerana di sesetengah tempat , moreh (jamuan makan pada bulan puasa) diadakan hampir setiap malam . Save beb ! ;)

 

Tidak lupa juga soal ZAKAT FITRAH . Jangan lupa bayar sebelum terlewat … lebih awal lagi dilaksanakan , lebih elok agar tidak terlupa . Antara tujuan berzakat ini ialah untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan menampung kos sara hidup serta membuat sedikit persiapan Aidilfitri dan sebagainya ….

 

Kesimpulannya DUIT dan RAMADHAN memang tidak dapat dipisahkan bak aur dengan tebing …

 

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh juri grup B , Norharyati Yahaya dan ditaja oleh Adorable Muslimah“

 

Tweet
Fb-Button

6 thoughts on “Cabaran iPad #2 MySuperKids : Duit dan Ramadhan”

  1. puan kutu says:
    August 7, 2011 at 2:30 PM

    gud luck..mana tahu ada rezeki..:)
    puan kutu ada entri terbaru… jom baca Kontest Menang Duit Raya!!My Profile

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      August 10, 2011 at 12:52 AM

      thanx kutu …

      mmg mengidam iPad ni..mudah2an ade le rezeki baby dlm perut ni…amin !

      Reply
  2. lin azlina says:
    August 9, 2011 at 8:57 PM

    hai ummi.gud lak yer..lin sdg kering idea nk post lagi se n3..aritu n3 saja2
    lin azlina ada entri terbaru… jom baca Baucer Free RM3 Produk VaselineMy Profile

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      August 10, 2011 at 12:55 AM

      thanx lin …

      hentam saje ape2 lin … tajuk tu santai jer .. xterlalu berat ;)

      Reply
  3. Mama Ammar @ Nor Haryati Yahaya says:
    August 10, 2011 at 2:38 PM

    wow!! ni la dikatakan semangat bulan posa..dalam kesibukkan menjalani ibadah posa….duit mesti beringat…time ni la nak uji keimanan kite lebey2 lagi perbelanjaan a.k.a duit hehehehe…bagus bagus bagus..saya suka
    All the best….

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      August 10, 2011 at 3:33 PM

      thanx juri Nor Haryati … :)

      Reply

Leave a Reply to lin azlina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 8
  • Page views today : 9
  • Total visitors : 286,891
  • Total page view: 823,853
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme