Cabaran iPad #2 MySuperKids : Duit dan Ramadhan

 

Salam Ramadhan ke-7 . Masuk hari ini genap seminggu kita semua menjalani ibadah puasa .

Puasa tak semua ? Of coz lah kan …

Oklah saya dengan gigihnya mara ke next stage untuk Cabaran kedua iPad MySuperKids  dengan tema Duit & Ramadhan

 

Duit ? Ramadhan ?

Apa kena mengenanya ya ?

 

 

Well , jika difikir secara logik akal , kehidupan seharian kita takkan terlepas dari menggunakan DUIT . Apatah lagi jika sesuatu event bakal menjelma contohnya sambutan ulangtahun perkahwinan , majlis hari jadi , ataupun Hari Raya ! Ya , bukankah Hari Raya (Syawal) menjelma selepas bulan Ramadhan ? ;)

 

 

 

Makanya ketika bulan Ramadhan inilah ramai di antara kita yang mengeluarkan sejumlah DUIT untuk persiapan Aidilfitri . Tapi tak kurang juga yang sudah buat persedian sejak awal lagi .

 

Bagi yang memiliki keluarga besar (jumlah anak yg ramai) , tentulah perbelanjaan juga besar . Pakaian , kasut , tudung , sampin , dan lain² kelengkapan diri lagi . Ibu² pula perlu memikirkan stok biskut raya di rumah , langsir nak ditukar atau tidak , perabot masih elok atau tidak … banyak sungguh perbelanjaan menjelang perayaan kan …. walaubagaimanapun , jika mengamalkan cara hidup yang sederhana , memadailah dengan apa yang ada . Mungkin sekadar sepasang baju raya baru seorang , langsir masih elok tak perlu ditukar , perabot pun masih boleh dibaiki jika rosak . Tak perlulah semuanya hendak diganti baru .

 

Dan tidak disangkal juga yang bulan Ramadhan merupakan sumber rezeki bagi sesetengah orang . Peniaga pakaian , aksesori , tudung , biskut/kerepek sudah tentu meraih keuntungan lebih pada bulan ini . Itulah rezeki masing-masing …. Tak kurang juga dnegan peniaga² bazar Ramadhan yang setiap hari tidak lekang dari pengunjung yang bakal rambang mata melihat pelbagai  juadah menarik dijual . Hati² ya , jangan terlalu ikutkan nafsu mata … nanti membazir pula ;) .

 

 

 

Sepatutnya di bulan Ramadhan kita dapat berjimat cermat dari segi penyediaan makanan , akan tetapi yang sebaliknya pula berlaku . Bukanlah salah untuk membeli di bazar Ramadhan , akan tetapi berpada-padalah … Bukankah air tangan kita ibu² ini jauh lebih berkat ? ;) Bagi yang bujang pula , lagilah dapat berjimat kerana di sesetengah tempat , moreh (jamuan makan pada bulan puasa) diadakan hampir setiap malam . Save beb ! ;)

 

Tidak lupa juga soal ZAKAT FITRAH . Jangan lupa bayar sebelum terlewat … lebih awal lagi dilaksanakan , lebih elok agar tidak terlupa . Antara tujuan berzakat ini ialah untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan menampung kos sara hidup serta membuat sedikit persiapan Aidilfitri dan sebagainya ….

 

Kesimpulannya DUIT dan RAMADHAN memang tidak dapat dipisahkan bak aur dengan tebing …

 

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh juri grup B , Norharyati Yahaya dan ditaja oleh Adorable Muslimah

 

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *