Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Buku merah, tulisan MERAH

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Buku merah, tulisan MERAH

Salam wbt.,

Update sikit tentang mak buyung di sini.

Buku merah, ada yang masih tak kenal ke? Orang² bujang kot masih tak kenal…

Buku merah ialah buku rekod kesihatan dari KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak).

Pagi tadi (2 July ’13), temujanji kali kedua untuk kehamilan keenam ini. Tapi, lepas Zohor terpaksa pergi sekali lagi kerana sebelah pagi tadi tak sempat berjumpa dengan doktor.

Sedih jugaklah kali ni… buku merah, tulisan pun MERAH. waduh waduh waduhhh…. Berat badan tiba² naik melebihi had. Tak pernah² terjadi begini sepanjang kehamilan yang lepas². Why meh? Serasa saya, selera makan taklah tinggi sangat. Ada hari² yang saya tak makan nasi langsung pun ada. Dan biasanya sehari sekali saja saya makan nasi. Selebihnya makan roti ataupun biskut. Musykil sangat ni…. :(

Alhamdulillah, yang lain² keputusan semuanya OK. Hasil ujian minum air gula bulan lepas pun 7.7 bacaannya. Kalau lebih dari 7.8, dah kira ada diabetes. Fuh legaa…. ! Saya memang biasa kena diabetes ketika hamil. Tapi, lepas melahirkan, tidak ada pula, alhamdulillah. Tekanan darah dan kepekatan Hemoglobin pun OK. Bab kenaikan berat badan ni saja jadi masalah sikit. Ni yang rasa nak amalkan Herbalife secara istiqomah. Lama dah tak beli…

Dek kerana itu, selang sehari saya diarahkan untuk pergi ke klinik bagi memantau tekanan darah dan bacaan gula dalam badan. Isyk, renyah juga nak berulang selang sehari. Suami kata tak payahlah pergi… Cakap je kat misi tu yang suami tak izinkan pergi. Hah camno?? Tengoklah nanti…. cakap suami wajib ikut kan kan kan? Bukan apa, saya cuma tak kuasa mendengar leteran akak² misi tu je nanti haa…

Ketahui cara menguruskan badan cara SELAMAT

Berat badan saya rasanya paling berat setakat ini dalam rekod hidup saya. Masih di bawah 70kilogram, akan tetapi saya baru saja hamil 5 bulan… Selalunya untuk kehamilan yang sebelum² ni, berat badan saya paling tinggi ialah 65 – 66 kg saja ketika saat² akhir sebelum bersalin. So, lepas bersalin, berat saya biasanya akan turun sebanyak lebih kurang 5kg. Iyelah, tolak berat baby dan uri. Kali ni? Tak dapat saya nak imagine berapa berat badan saya menjelang hari nak bersalin nanti. Ngeri pulak rasanya…

Beginilah kisah ibu hamil dengan buku merahnya… moga² kehamilan kali ini dipermudahkan. Doakan saya dan janin sihat sejehtera ya kawan²… Terima kasih in advanced~

 

20 Responses

  1. x pe kak, jnji baby sehat :)

  2. titan says:

    hoho..ini anak yang ke berapa ekk..

  3. akubiomed says:

    Perlu beringat apa bila rekod ditulis dengan pen merah.

  4. izan ishak says:

    rasanya kan hanie… situasi kita hampir sama. masa k.izan mengandungkan zayyan pun camtu. berat akhir masa nak bersalin sampai 72kg. padahal masa mengandungkan kembar pun baru 68kg… nasib baik berat skrg dah kembali normal. hehe…

    harap2 hanie n baby akan terus sihat sepanjang tempoh kehamilan ni ye.

    • Ummi Hanie says:

      aahlah k.izan… sama situasi kita ni… k.izan yg kecik comel pun boleh cecah 72kg… hanie boleh jadi lebih dr itu nanti… huhuu…

      terima kasih atas doanya kak izan dear ;)

  5. suriaamanda says:

    Ummi preggy? laa..SA x perasan pun selama berkunjung ke sini baru2 ni..apa pun tahniah..enjoy your preggy moment eh..aisey..jeles SA…rindu nak preggy…tp tu la..kena la SA cepat2 tamatkan zaman single mom ni…kan..

  6. puanbee says:

    yg bee berat tk naik , tulisan merah juga .. haha nis berat lebih ..memang kena jaga ler ..

  7. eiela says:

    akak mengandung lagi.. tahniah kak.. tulisan merah tu kena jaga2 la

  8. zie fauzi says:

    2 kali pregnant tak pernah lagi rasa air gula tu…. mcm2 versi dengar pasal air gula… ada yg kata tak sedap la…ada yg kata biasa la…. hihi…

  9. syamila says:

    hmmm…kak sya bab berat badan ni selalu je merah….dari berat 42….dekat bersalin boleh mencecah 60kg….hehehehe….

    alhamdulillah walaupun berat selalu je merah…tapi tak pernah la pula kena minum air gula…

    yang penting baby sihat… ;-)

  10. Denaihati says:

    tak faham tulisan doktor, faham merah bahaya dan jaga-jaga.
    semoga semuanya ok dan dipermudahkan yer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *