BUKU INSPIRASI CONTEST

Bismillahirrahmanirrahim .

 

Sebuah lagi contest yang Ummi Hanie sedang terjah , bukan contest tepek2 gambar tapi lebih kepada menjawab soalan ala2 interview . Contest ini menarik hati saya atas beberapa sebab ;

  • menawarkan hadiah buku berkaitan bagaimana untuk jadi seorang work-at-home-mom (WAHM),
  • memang sedang mencari-cari buku2 seperti ini dlm bahasa Melayu (kalau dapat FREE lagi syok) ,
  • sangat2 meminati ‘kerjaya’ work-at-home dan sedang berusaha ke arahnya .

 

“Buku Inspirasi Contest” , penganjurnya Puan Masayu . Anda semua boleh lihat dan sama2 join contest ini di SINI . Sebuah inisiatif yang harus diberi pujian . Tahniah ye Puan Masayu . :)

 

Syarat-syarat

1.Anda perlulah menjadi follower blog ini  – DONE

2.Pautan blog naufal di blog anda – DONE

3.Letakkan buku pilihan/contest di side bar blog anda – DONE (PILIHAN 1)

4.Siarkan entri berkenaan contest ini di blog anda dan pautan contest ini – DONE

5.Tarikh tutup sehingga diberitahu kelak

6.Buku pilihan adalah berdasarkan kesesuaian jawapan anda.

7.Terbuka kepada wanita/pelajar/lelaki (jika mahu hadiahkan kepada isteri)

8.Sila nyatakan/tinggalkan komen untuk mudah saya menjejaki anda – DONE

 

 

Anda layak

1.Pautan blog anda ke blog ini – DONE

2.Sekiranya anda melakukan bisnes online ataupun konvensional, anda layak untuk ditemuramah. Artikel berkenaan bisnes anda akan dimasukkan dalam mana-mana laman web, blog, buku atau ebook.

Ini adalah soalan2 cepumas nya …

 

1. Apakah status anda kini?

Saya berstatus SAHM (stay-at-home-mom) , merangkap full-time housewife . Saya tidak pernah bekerja di mana2 sektor awam mahupun kerajaan . Sedang dalam perjuangan untuk menjadi seorang WAHM dalam masa terdekat ini dengan membuka kedai online (blogshop atau e-shop dgn domain sendiri) . Saya meminati kedua-dua jenis produk untuk perniagaan online ini iaitu produk digital seperti e-book dan produk fizikal seperti pakaian wanita,bayi dll .

 

2. Apakah impian anda pada masa hadapan?

Seperti yang saya jelaskan tadi , saya sangat mengimpikan untuk memiliki perniagaan online sendiri , di mana saya boleh menjual produk2 digital dan fizikal . Saya selesa berada di rumah menjaga keluarga dan ingin terus begini dengan bergelar seorang WAHM pula . Saya mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan saya mahu mereka terus berada di bawah jagaan saya sehingga dewasa . Dengan menjadi WAHM , saya mempunyai bisnes sendiri yang dikawal 100% oleh saya (dan suami) dan anak-anak juga tidak akan terabai , insyaAllah .

Ada 3 pilihan buku dan saya telah memilih buku Pilihan 1 iaitu 101 Idea Bisnes Home – Based karya Junaidah Hamdan .

Blog Puan Masayu akan menjadi salah satu rujukan saya dalam memburu impian menjadi WAHM yang berjaya . Keep up your good work , madam ! :)

 

 

 

 

58 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *