Buffered Earning Nuffnang terakhir untuk 2011 (dan termahal)

Bukanlah niat saya nak riyak,menunjuk² dengan entri ini , sebaliknya untuk self-satisfaction semata-mata … ;)

Sempat juga saya rakamkan Buffered Earning @ BE terakhir untuk tahun 2011 dari Nuffnang … sekaligus yang termahal/tertinggi amaunnya . Alhamdulillah :)

Yang dibulat²kan itu adalah 4 amaun tertinggi … taklah banyak sangat kan ? Tak pernah cecah ratus² lagi untuk satu BE. Tak mengapalah,syukur dgn apa yg ada. At least cukuplah juga untuk menampung kos membayar sewa hosting setahun untuk blog ni .

BE yang last tu dari Nokia Gifting (masa sibuk nak krismas tu) … bermula daripada 5 Disember ’11 dan berakhir 2-3 hari sebelum masuk tahun baru 2012 . So,tak sampai sebulanlah ia menari² di blog ini dan saya agak berpuas hati dgn amaunnya.

Buat masa ni, rasanya masih stay dengan iklan dari Nuffnang. Walaupun peluang nak dapat slot advertorial tu agak tipis,tak mengapalah.Yang penting dapat maintain status Glitterati dan juga trafik blog. Iyelah,advertorial ni biasenye diberi kepada mereka yang rajin attend events Nuff kan … macam den ni bila masanya nak attend alahai ~

Tangan ni masih belum nak tekan butang cash out. Bukan banyak mana pun… jauh lagi nak sampai 1K. Sekarang BE baru pun belum muncul dan sedang setia menanti BE pertama untuk tahun baru 2012. Sudi²lah ye Nuffnang … ;)

41 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *