Budak hilang, Nayati sudah kembali ke pangkuan keluarga

Baru² ini, Malaysia digemparkan lagi dengan kes penculikan kanak-kanak. Yang terkini ialah Nayati Moodliar, 12 tahun yang dilaporkan hilang pada bulan April yang lalu. Hari ini, Nayati sudah kembali ke pangkuan keluarganya semula. Syukur!

hensem budaknya

Pada mulanya saya macam tak berapa nak percaya dengan berita yang tersebar di Facebook ni. Hinggalah  terdengar berita Nayati pulang semula ke rumahnya dengan selamat. Oh, sungguh ku memahami perasaan ibu dan ayahnya. Mereka antara ibubapa yang paling bertuah kerana memperolehi semula anak mereka. Berapa banyak sudah kes penculikan kanak-kanak yang sehingga kini masih tidak dijumpai? Mintak simpang, ya Allah!

Tengoklah, penculik² ni bukan kira jantina budak. Laki ke, perempuan ke, semua dibalunnya. Saya sebelum ini asik berfikir yang kanak² perempuan saja menjadi sasaran. Tapi silap! Lupa pula saya dengan kes penculikan kanak² lelaki bernama Cheng Beng berbelas tahun yang lepas dan sehingga kini masih tidak dijumpai.

Selamat pulang kembali, Nayati ! Terharu tengok gambar Nayati memeluk erat adiknya setelah pulang ke rumah.


ephyra ummihanie.com harga kasih sayang

Incoming search terms:

Comments

  1. syamila says

    alhamdulillah…tp ada budak2 yg diculik tk dapat dijumpai…kesian ibu bapa mereka…zalimnyer mereka tu kan…

  2. says

    blog dh ok..dh boleh cari button komen… :)
    harap2 penculik nya dapat diberkas dgn segera supaya tak ada lgi yg akan diculik depa ni…

  3. says

    Itu la dia. Kak Yati pun mula dengar tentang penculikan ni kat fb dulu, ingat budak hilang kat oversea. Rupanya, kat Malaysia. Nampak sangat negara kita ni tak selamat.

    • says

      mesti family nye org berada jugak kan….

      ye, mudah2an pnjenayah tu dpt ditangkap, lebih2 lagi yg jenis psiko mcm pmbunuh kanak2 dlm kes baru2 ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *