Bubur nasi Jawa style

Menjak² ni selera makan di rumah dah mula buat hal balik. Sampai sanggup tak makan pun ada. Tambah kalau masak sendiri. Tapi kalau orang masakkan, atau orang jamu di luar ke, selera pulak. Haish ~

Malam tadi, dek kelaparan sangat kot, tiba² teringatkan Bubur nasi jawa style. Mak saya biasa masak, dan saya memang suka walauoun simple. Resepi ni turun-temurun dari nenek moyang saya berketurunan Jawa di Singapura nun. Tu sebab saya namakan resepi ni Bubur Nasi Jawa Style. Jadi, tengah² malam tu jugalah ada orang menumbuk sambal belacan guna lesung batu. Klentang-klentung-klentang-klentung.

See… so simple kan.  Gandingan bubur nasi plain + kicap manis + ikan bilis goreng rangup + sambal belacan dengan hirisan bawang fresh. Kalau nak tambah telur mata pun ok jugak. Tapi yang utamanya yang disebut tadilah. Sambal tu wajiblah yer. Kelainannya dengan sambal belacan biasa ialah, diletakkan hirisan² bawang besaor. Nikmat gitu kunyah bawang fresh.

Habis 3 mangkuk dibedal licin. Tidurlah dengan aman dan perut yang kenyang… Alhamdulillah :)

p.s: rasanya resepi Bubur Nasi Jawa Style ni sesuai juga untuk orang² berpantang lepas bersalin.

Incoming search terms:

50 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *