BR1M 2.0 mulai dibayar Februari 2013, bantuan persekolahan RM100 dibayar 15 Januari ’13

BR1M 2.0

Alhamdulillah, syukur atas berita baik buat mereka yang terlibat.

Borang Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) sudah pun dikeluarkan dan pembayaran akan bermula pada bulan Februari 2013 ini. Tarikh akhir permohonan sudah pun tamat pada 31 Disember 2012 yang lalu.

BR1M 2.0

Siapa yang layak memohon BR1M?

  • Isi rumah yang layak (RM500):

(i)       Warganegara Malaysia;

(ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.

< < Pakej SUKSES Usahawan Internet >>

•   Individu yang layak (RM250):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

•   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
•   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

 

bantuan rm100Bantuan persekolahan RM100 pula akan dibayar pada 15 Januari 2013 ini, menurut kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ia adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.
Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang mesti mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaram.

 

-kredit

 

InsyaAllah tahun ini 2 orang anak kami akan dapat bantuan RM100, syukur alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak! :) Tahun lepas juga dapat untuk 2 orang anak yang bersekolah (tahun 1 dan tahun 3) yang mana itu adalah bantuan RM100 yang pertama kali dilancarkan untuk Bajet 2012.

Incoming search terms:

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *