Blogger-blogger mama bertemu
Salam ceria.
Saya seorang mom blogger yang tidak dapat mengaktifkan diri menghadiri event² bloggers. Antaranya kerana kekangan anak kecil dan tempat tinggal yang jauh dari event yang biasanya diadakan sekitar KL/Selangor.
Boleh dikira dengan jari, berapa orang je blogger yang saya pernah bertemu empat mata. Mata saya dua, mata dia dua, jadilah empat kan… hehe~ Ok serius.
Blogger yang paling terkini pernah saya bersua muka ialah blogger mak-mak tersohor gitu… Kami ni sebaya, lahirkan anak pula lebih kurang sama tempoh masanya pada 2013 yang lalu. Rupa anak kami pula seakan serupa, dah macam kembar pun ada. Kembar lain mak lain pak ;)

gambar dari IG saya
Boleh teka tak siapa blogger tu?
Oklah, that’s Puanbee. Bonus, dapat jumpa BFF nye sekali, Ema. Blogger jugak. Seronok dapat jumpe kalians :)
See…. memasing pakai “beg tangan”. 2 orang newborn, seorang dah 8 bulan. Sweey gitu. ahaksss~
Kebetulan Bee balik kampung untuk berpantang dan adakan kenduri kesyukuran atas kelahiran baby Syamim, so beliau jemput saya datang kalau ada kelapangan.
Discuss² dengan encik hubby, beliau setuju nak bawakan saya ke rumah emak Bee. Syukurlah tak ada program lain hujung minggu tu. Diiizinkan Allah, bertemulah bloggers mak² ni… Time kasih Bee sudi menjemput ;)
Ni plak gambar Muaadz (baby saya) dan Syamim (baby Bee)…

ini kidnap dari IG puanbee
Bila entah dapat berjumpa lagi kan?
Kali ni berjumpa pun sekejap saja. Better lah dari tak jumpa langsung kan?
Hurmm… ekceli ramai lagi mom bloggers belah utara ni yang belum bersua muka. Yang belum kenal pun lagi ramai. Nak kena buat event perjumpaan mom bloggers ala santai ni! haha ~
Bercakap tentang event… menyelit sikit. Busana apa yang mak-mak selalu pakai yer?
Macam saya, selesa dengan blaus labuh + seluar panjang/palazzo/skirt labuh. Tak pun jubah dan baju kurung. T-shirt muslimah pun boleh. Saya ni jenis simple je orangnya. Taklah elegan² sangat.
Kalau nak tahu, ZALORA sudah ada koleksi dari designer² terkenal seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Rizalman dan lain².
Katakan nak pegi event ke, program santai² or whatsoever dengan gaya elegan sikit, bolehlah mencari-cari di ZALORA sana. Sekarang ni tengah ada diskaun 40% – 50% tau! Juling² mata i melihatnya….
Mana nak dapat baju designer dengan harga diskaun begitu? Only at ZALORA :)
Lepas ni, bolehlah mom bloggers bergaya elegan bila join event atau buat gathering kan?
Dah ada anak kecil memang susah la nak jumpa kan… Tapi dapat update blog dengan kerap tu dah kira hebat. Kagum saya.
ye betul tu firdaus… ada anak kecil susah sikit nak gerak ke sana sini
update blog tu bisa diatur. kalau ada masa lebih, boleh buat scheduled post siap2 :)
hehe terima kasih
betul tu…kadang2 teringin nak join mana2 event yang berkaitan dengan blogger ni..tp itu la… anak dan jarak jadi kekangan… sbb kebanyakan event blogger ni selalu diadakan kat kl atau selangor… kadang tu melopong je tengok blogger2 lain updated entry pasal evnt yg depa join…
nak buat camana kan zie… redha je lah. kita cuba yg terbaik. ada rezeki org minta buat advertorial, syukur alhamdulillah :)
tu dia. makcik-makcik berkumpul..mesti riuh dibuatnya..
riuh la jugak… biasa laa…. haha~
jom pakcik2 lak.. hahahha
amboih pkcik2 pun nak ker :p
Semuanya mak blogger yang power-power.
paling power yg tengah tu kot ;)
mak blogger bila bertemu mesti meriah siap promo zalora tu. hehe
ahaha… maklum je laaa kaum hawa klu bersembang macammana kann…
Zalora best baju2nya. kasut pun boleh tahan ;)
Salam singgah dear,
Best kan kalau dapat jumpa geng2 blogger.. dpt eratkan silaturrahim & bertukar2 cerita. Harap dpt join event mcm tu nanti :)
sudi singgah blog saya http://blurplediary.blogspot.com/.. jemput follow sekali, do keep in touch:)
Salam kenalan dear ;)
yup seronok bila dpt jumpa scr live, mengeratkan persahabatan gitu..
insyaAllah sy visit blog Blurpl3
wah mesti seronok jumpa dgn kwn2 blogger..hehe..
byk menda yg nak dishare…
lama xtnye khabar pn bee…
tapi tu la.. dpt jumpa sekejap je… jadilah kan ;)
akk pun lama sebenarnya tak blogwalking ni. baru nk start balik, tu pun bila betul2 free
pernah jumpa sekali dengan blogger puan bee…orangnya peramah.
oh ye ke ema… yup bee mmg peramah org nye :)