Blogger-blogger mama bertemu

Salam ceria.

Saya seorang mom blogger yang tidak dapat mengaktifkan diri menghadiri event² bloggers. Antaranya kerana kekangan anak kecil dan tempat tinggal yang jauh dari event yang biasanya diadakan sekitar KL/Selangor.

Boleh dikira dengan jari, berapa orang je blogger yang saya pernah bertemu empat mata. Mata saya dua, mata dia dua, jadilah empat kan… hehe~ Ok serius.

Blogger yang paling terkini pernah saya bersua muka ialah blogger mak-mak tersohor gitu… Kami ni sebaya, lahirkan anak pula lebih kurang sama tempoh  masanya pada 2013 yang lalu. Rupa anak kami pula seakan serupa, dah macam kembar pun ada. Kembar lain mak lain pak ;)

mom bloggers

gambar dari IG saya

 

Boleh teka tak siapa blogger tu?

Oklah, that’s Puanbee. Bonus, dapat jumpa BFF nye sekali, Ema. Blogger jugak. Seronok dapat jumpe kalians :)

See…. memasing pakai “beg tangan”. 2 orang newborn, seorang dah 8 bulan. Sweey gitu. ahaksss~

Kebetulan Bee balik kampung untuk berpantang dan adakan kenduri kesyukuran atas kelahiran baby Syamim, so beliau jemput saya datang kalau ada kelapangan.

Discuss² dengan encik hubby, beliau setuju nak bawakan saya ke rumah emak Bee. Syukurlah tak ada program lain hujung minggu tu. Diiizinkan Allah, bertemulah bloggers mak² ni… Time kasih Bee sudi menjemput ;)

Ni plak gambar Muaadz (baby saya) dan Syamim (baby Bee)…

gambar baby comel tembam

ini kidnap dari IG puanbee

 

Bila entah dapat berjumpa lagi kan?

Kali ni berjumpa pun sekejap saja. Better lah dari tak jumpa langsung kan?

Hurmm… ekceli ramai lagi mom bloggers belah utara ni yang belum bersua muka. Yang belum kenal pun lagi ramai. Nak kena buat event perjumpaan mom bloggers ala santai ni! haha ~

Bercakap tentang event… menyelit sikit. Busana apa yang mak-mak selalu pakai yer?

Macam saya, selesa dengan blaus labuh + seluar panjang/palazzo/skirt labuh. Tak pun jubah dan baju kurung. T-shirt muslimah pun boleh. Saya ni jenis simple je orangnya. Taklah elegan² sangat.

Kalau nak tahu, ZALORA sudah ada koleksi dari designer² terkenal seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Rizalman dan lain².

Katakan nak pegi event ke, program santai² or whatsoever dengan gaya elegan sikit, bolehlah mencari-cari di ZALORA sana. Sekarang ni tengah ada diskaun 40% – 50% tau! Juling² mata i melihatnya….

 

zalora

 

Mana nak dapat baju designer dengan harga diskaun begitu? Only at ZALORA :)

Lepas ni, bolehlah mom bloggers bergaya elegan bila join event atau buat gathering kan?

 

zalora baju muslimah

 

18 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *