Blog Review

Salam bertemu kembali.

Sebenarnya teman ni macam ada hajat …. Hajat apenye ?? Hajat nak mereview blog rakan-rakan bloggers yang lain dah lama ada, cuma saya belum ready nak start. Dan rasa macam masih tak layak jerrrr nak mereview… agagaggaa ~

 

Seronok tengok blog orang lain direview dan mereview, juga seronok apabila blog sendiri direview. Setakat ini, sudah lebih kurang 5 reviews dari blog lain telah dibuat mengenai blog ini. Alhamdulillah, overall semuanya okay belaka. Kalau kritik pun tak adalah pedih telinga sangat pun, biase-biase aje. Semuanya boleh diterima dengan hati terbuka :)

 

Bukan ape, tak salah kan kalau kita sama-sama saling membantu dalam meningkatkan mutu dan penampilan blog kita ke arah yang lebih baik ? ;) Dari pengalaman saya sendirilah, selepas blog kita direview, kita akan bersemangat untuk terus memperbaiki apa yang tak patut dalam blog kita. Setuju tak ? Dan insyaAllah lama-kelamaan blog kita akan tampak lebih kemas dan profesional berbanding yang sebelumnya…. Dengan syarat, pemilik blog itu sendiri haruslah rajin untuk buat trial an error (betul ke ejaan ni?? :p) berulang-ulang kali.

 

Semenjak dua menjak ni feeling untuk memulakan review untuk blog-blog orang lain terasa semakin memanggil-manggil. Tapi…….. ade ke yang sudi nak direview ??Ermmm …. sesiapa yang berhajat untuk direview, sila-silalah tinggalkan link dan hajat anda dalam kotak komen. Kalau kome segan, terpakse le teman cari sendiri.

 

35 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *