Blog branding: Pakej header, banner dan watermark

Otai² blog kata, blog branding (penjenamaan blog) tu penting, kalau nak pergi jauh. Cuba baca blog DonnyIen tentang penjenamaan, anda akan dapat idea tentang penjenamaan blog ni ;)

Saya? Bukanlah nak pergi jauh mana sampai ke bulan pun, saya lebih prefer low-profile… sebab saya ni memang jenis agak pemalu, pendiam, nak bercakap pun kurang modal. Hukhuk. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadianku sebegini rupa. Membebel sedikit² dalam blog usang ni bolehlah. Ohh…

Walaubagaimanapun, keinginan nak menjenamakan blog tu tetap ado yer… Dengan promosi dan khidmat terbaik dari Koz, terhasillah header, banner dan watermark tak berapa baru ni… Hikhikss… Comel tak? Pada mata saya, memang comellah, sebab konsep/idea, pilihan warna semua dari kita. Koz tolong realisasikan. *ini bukan entri berbayar ;)

Saya pilih tagline ringkas; “Ceritera seorang Mom Blogger”. Saya harap semua akan faham bila membacanya dan terus boleh imagine blog genre apakah ini…. ;)

 

 Ini banner blog ummihanie.com, kalau sudi nak buat sistem barter, sila request. terima kaseh :)

 

Ini pula namanya Watermark.

Tuan empunya blog, sila rajinkan diri edit gambo dan letak watermark yek

 

 

Lifestyle Mom Blogger

 

 Ini takkan tak tahu. Header² banner paling awesome yang ummihanie.com pernah ado.

 

Selalu main hantam buat sendiri, tapi tak cun dan tak profesional. *pengakuan jujur lagi iklhlas. ahakzzz~

Kesimpulannya memang sangat berpuas hati dengan sentuhan Koz ni. Pendapatan dari blog digunakan semula untuk blog. Berbaloi gitu kan ;)

 

Buat masa ni UH restkan kejap dari guna header banner ni atas sebab² tertentu… InsyaAllah akan pakai semula nanti yawww ~ dannn UH kena update lagi banner atau buat lain sebab ahli keluarga udah bertambah !

 

Ada yang nak seponser? :p

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *