Blog, Blogger, Blogging – Jangan silap guna perkataan ;)

Hari ni nak jadi cekgu English tak bertauliah, buleh ? Ala, santai² saje… Sepanjang berkecimpung dalam dunia blogging ni macam² orang dan macam² bahasa dah jumpa. Kadang tu nak tergelak juga baca p’gunaan bahasa diorang. Eh, tak baik gelakkan orang ;p . Bukan gitu, kadang² kita sendiri pun tak perasan bahasa/perkataan especially yg English ni tak berapa nak betul. Saya sendiri pun penah buat silap. Biasalah… manusia~

Blog, Blogger, Blogging – Jangan silap guna perkataan ;)

Grammar. Tatabahasa. Pada mulanya memang agak susah nak kuasai kan? Tapi lama-kelamaan, tambah pula kalau dipraktikkan dgn cara berkomunikasi dlm bahasa Inggeris, insyaAllah akan jadi power ;) . Saya ni … bab² Grammar ni buleh la… tak la terer sgt, tak la lemah sgt. Bolehlah nak dapat gred A cukup² makan dlm exam kot ;p . Tapi kalau bab nak speaking london kata orang kan…. lomah sikit den. Vocabulary dah tau banyak juge, grammar pun dah tau juge tapi bile nak bercakap tu…. tunggang terbalik rasanya. Sebab? Tak dipraktikkan dalam komunikasi harian.

Ok cukup² dulu yg itu. Saya sebenarnya nak sentuh sikit p’gunaan 3 perkataan ni. Yang selalu sgt digunapakai oleh bloggers macam kite-kite ni … ;) Jom tengok apakah perkataan² keramat itu ?

  1. BLOG  – Maksudnya BLOG lah, singkatan drpd WEBLOG. Tak jumpe la pulak lagi org yg tak tawu atau tersilap guna perkataan ni. Haru kalau ado…. ;p
  2. BLOGGER – Orang yang menulis BLOG. Macam saya, awak, mereka semua ;) . Ada sesetengah blogger yg tersilap m’guna perkataan ni. Contohnye; “Saya sudah lama berBLOGGER sejak tahun….” Salah tu. Sepatutnya; “Saya sudah lama berBLOGsejak… “. Jelas ke ?
  3. BLOGGING – Aktiviti berblog dalam  bahasa melayunya. Present tense dalam bahasa Inggeris, bermaksud aktiviti yang SEDANG dilakukan.

Satu lagi, isu penggunaan bahasa SMS. SMS ialah singkatan untuk Short Message System. Blogging bukan sistem mesej ok. Nak pendekkan perkataan tu boleh, tapi berpada-pada dan biar sedap mata nak membaca. Bahasa melambangkan bangsa dan peribadi seseorang. Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi memang terbaik.

Hamboih²…. garang dak saya kalau jadi cekgu? Saya sebenornye tak boleh jadi cekgu yg real tu, entahla kenapa. Tak cukup kesabaran kot. huhuhu…. ~ ajar anak² pun jenuh nak kasik paham. Saya sendiri mmg paham, tapi nak memahamkan orang tu…. mcm payah sikit. Tapi suke tengok orang/blogger² yang jadi cikgu ni. Mulia gitu profesion nya ;) .

32 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *