Birthday = BESTday

MasyaAllah sibuknya tak terkata hingga terabai sudah blog ini. Jangan merajuk ye belog dear… huhu. Pelawat-pelawat blog pun dah naik jemu gamaknya tengok blog tak berhapdet. Maaflahh…. Ikutkan tak berkesempatan penuh lagi ni nak menaip entri, tapi paksa juga jari jemariku untuk menaip walaupun sebuah entri yang ringkas.

Minggu lepas agak mencabar sikitlah sebab 2 orang anak, si “kembar” tu demam serentak. Alhamdulillah status terkini sudah semakin sihat akan tetapi demamnya kadangkala berulang semula di waktu malam. Saya sebagai ibu tentulah kena berkorban sikit… kurang tidurrr…. Batuk-batuk dan muntah-muntah juga si kecik tu. Sian dia….

Tapi masalah kahak baby berulang kembali. Nak kena consult dengan doktor lagi nampak gayanya. Si Abah hari tu siap dah belikan set nebulizer untuk digunakan di rumah, tapi doktor pakar kanak-kanak tu kata tak sesuai. Dia cadangkan jenis lain, dan si abah pun dah beli.

Ok. Cerita BESTday a.k.a. Birthday. Saya nak rangkumkan 3 birthday sekali dalam entri ni. Zaid, Kakak dan saya sendiri…. Birthday Zaid penghujung Ogos hari tu, tapi saya update dalam Facebook saja. Tak terkejar update di sini. :-P

Budak hensem ni dah pun 3 tahun… keletahnya memang menghiburkan, tapi kuat merajuk! Adoyaiii…. anak abah sikit ni. Tau ummi garang kannn…. Abah ler tempat bermanja-manja… kikikiki :p Manja lahh sebab nak kebas iphone. Haaa….

 

Ini gambar ketika masih berbotol susu. Sekarang dah wean off (tidak berbotol)! Syukur alhamdulillah… Mudah saja prosesnya, semuanya gara-gara mabuk iPhone juga.

To Zaid, Ummi & Abah ucapkan Selamat Hari Lahir ke-3… jadilah anak yang soleh, kalau dapat jadi hafiz/da’ie sangatlah bagusss, taat perintah Allah & Rasul. Jadi anak yang taat berbakti kepada ibubapa, bangsa dan negara.

Cuma, Zaid ni badannya kecik molek bebenor! Bila dibandingkan dengan kawan² sebaya, Zaid jauh lebih kecil badannya. Risau pulak perkembangan/tumbesarannya terbantut ke… Sedih pulok teman :(

Next, birthday princess and the queen…. Ahaksss… Nyaris-nyarislah birthday si Kak Long ni nak sama tarikh dengan Ummi nyer… Sambutan biasa² saja, kami mana ada buat party² tiup² lilin, tepuk² tangan bagai…. taderr…. Abah nye belikan sebiji kek choc moist special untuk anakanda sulung yang banyak berkhidmat jaga adik² ni… Semoga Kakak terus rajin berkhidmat, jadi anak solehah, taat agama, dan menjadi wanita solehah. Amin!

 

kek choc moist yg lezzetttt…

 

abaikan pemandangan belakang yg tak berapa indah itu yer…. :p

 

 

Kenapa saya sebut Birthday = BESTday … Iyelah, pada hari lahir inilah dapat layanan special bak puteri/putera gitu. Berbahagi-bahagi keseronokan dengan kawan-kawan sekolah (anak ler…), dapat hadiah, dapat ucapan selamat…. Setahun sekali begini memang saat yang dinanti-nantikan.

Oklah. Cerita birthday ummi sambung lain der….

 

Incoming search terms:

23 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *