Bila perempuan bersembang tentang mekap

diana danielle dan farid kamil berbulan madu di sydney australia

Orang selalu kata, perempuan dengan barangan mekap memang tidak boleh dipisahkan. Tapi kan, tapi, tapi ! Saya bukan kaki mekap, dan dah tua² sikit ni baru ada sedikit minat terhadap mekap. Tu pun sebab dengan tujuan nak explore jee…. :p

Kalau korang nak tahu, pelakon comel Diana Danielle baru bukak biz kosmetik bernama Luxuria Cosmetics. Saya dah pun jadi follower Instagramnye – @luxuriacosmetics dan @dianadanielleb dan sapaan saya dibalas dengan mesra oleh Diana Danielle. Sweet betul ~

Have you tried Creme Lipsticks before? This one here is our Sassy lipstick that gives you the perfect amount of sass for the day ?? Our texture is smooth and easy to apply for even those who aren't familiar with lipsticks.. Long lasting, chemical free, cruelty free perfect for everyone. Shop here: www.LuxuriaCosmetics.com

A photo posted by Luxuria Cosmetics (@luxuriacosmetics) on

Sengaja pula saya cuba² mengusik Diana untuk belanja saya sebatang lipstik. Hahaha… salah satu sebabnya nak tengok dia akan respons atau tidak.

Ya! Diana Danielle respons beb. Memang ramah mesra dan tak sombong. Comel lak tu… auwww~

Diana ni sedang hamil kan… orang kata, kalau si ibu minat bermekap² bagai ketika hamil ni, anak yang lahir nanti kemungkinan adalah baby girl. Haih. Boleh percaya ke itu semua? Allah saja yang berkuasa menentukan segala-galanya kan…. Semoga selamat sepanjang kehamilan dan selamat bersalin, itu yang kita mahu.

Kesudahannya? Ye…. memangg saya beli salah satu produk kosmetik Luxuria ni… nampak macam best jer…. Tapi saya pakai berpada-pada yer, bukan untuk ditonton di khalayak ramai, tapi dirumah untuk tontonan suami tersayang…. Bluwekkkkk~ Muntahlah kome :p

Dah hampir seminggu ni order tapi barang masih tak kunjung tiba… maklumlah, barang import… nak merasa juge tu. Mudah saja berurusan shopping online ni, pakai Paypal sahaja… saya tak ada kad kredit, just pakai kad debit Maybank saje. Bestt… kebebasan bershopping terasa you.

Bila perempuan bersembang tentang mekap dan shopping… pheww…

p/s: beli 2 produk ke atas @ Luxuria Cosmetics ni, Free Shipping ;)

Incoming search terms:

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *