Bila dah sakit…

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini susulan daripada entri Tumbang last week.
Ingatkan Hanie dah beransur2 sihat rupanya keadaan diri lebih teruk lagi.
Mungkin disebabkan flu, sakit kepala pun datang menyerang dengan agak hebat jugakla. Dah lama tak buat ‘peel’ sakit kepala nih. Dolu2 kerap jugalah. Cuma,  kalau diserang flu memang Hanie tumbanglah sebab sakit kepala yg agak teruk. This time, lagi teruk. Nangis jugaklah dibuatnya. * eiiii…maluuuuu*
Maybe campur dgn stress kot. Maklumlah… jaga anak2 kecik ni kan… memang ‘menyengat’ kepala beb !

Pada hari yg diserang sakit kepala yg sangat teruk tu, Hanie dan family sempat jugak travelling balik ke hometown kami, Ipoh (dgn harapan dpt berjumpa dgn kakak yg stay di Jepun tuh tapi hampehh… she didn’t show up ! ). Sebelum ke rumah mertuaku, encik hubby dgn penuh caring nye call makcik tukang urut yg very familiar dgn kami, Mak Cik Leha untuk mengurutku. Ehem, bukan takat kepala je yg sakit ok, sakit tu ditarik2 sampai ke tengkuk dan bahu. Kepala rasa macam nak meletop. So, malam2 tak berapa buta tu jugaklah Mak Cik Leha menunaikan permintaan kami dgn rela hatinya. Sedap betul badan ni dapat diservis sikit. Tapi, sakit tu masih belum hilang sepenuhnya. Mak Cik Leha kata tangan2ku bengkak sikit, masuk angin. Tu sebab bila dia picit terasa sakitnya amat. Katanya lagi, saya baru je lepas bersalin 3 bulan. Urat2 tu masih kembang lagi, dah sibuk buat kerja itu ini. Masuk anginlah jawabnya. Ate makcik, sape lagi nak buat kalau bukan teman yg buat.. Takkan nak suruh laki teman buat keje rumah sorang2. Kesian dia… kerja opis pun berlambak2 tambah dah hujung tahun ni. Ermmm… patutkah kami mengambil pembantu rumah ??? Jeng3x… Tolong jawabkan yer… Tihihihiiii…

Esok pagi, encik hubby plak picit2kan kepalaku, atas riba dia lagi. Hiksss! Jangan nyampah ok… barulah lega banyak kepalaku ini yg tinggal sebeh kanan je sakitnya. Magic gak tangan cik abang sorang ni yekk ? Tapi… petang tu mai sakit balik. Pergi ke rumah parentsku, my mom suruh telan Panadol Actifast sebijik. Saya pun telan je lah. Pun masih tak baik2  gak. Balik kali ni memang uzur sikitlah keadaanku. Mak siap ingat saya ni dah masuk wad sebab kes H1N1 ke ape… *Kami call nak sampai pagi, tapi nak dekat Zohor baru sampai.. tu la pasal * Mintak simpang ya Allah.. janganlah kena H1N1… :(

Pun begitu, sampai esoknya (Ahad) sakitku di bahagian kepala sebelah kanan masih belum lega2 lagi… Saya telan lagik sebijik Actifast beserta lain2 ubat klinik. Mulalah datang mengantuk. Masa saya breastfeedkan baby Zaid, kami sama2 tertidur dan… bila bangun tu barulah saya rasa lega banyak berbanding sebelum2 ni. ALHAMDULILLAH. Terasalah betapa nikmatnya nikmat kesihatan ni. :)

Dari hasil pembacaanku tentang sakit kepala ni, saya rasa antara faktor2 penyebab UTAMAnya ialah;

  • Ketegangan Emosional ,
  • Suhu/Cuaca Panas plus Dehidrasi &
  • Perubahan Hormon ??? (kaum wanita yg agak ketara dlm hal ni) .

Satu lagi sumber bacaan saya ialah  di sini . Dari situ saya dapat simpulkan bahawa saya memang sakit kepala disebabkan KETEGANGAN(STRESS) dan boleh jadi juga MIGRAIN (sakit kepala sebelah). Atau mungkin disebabkan cermin mata?? Maybe power pada lens tu dah tak sesuai dgn saya lagik ?? Oleh kerna itu sejak 3 hari yg sudah saya tak memakai spec. Lantaklah rabun pun janji tak sakit melampau2. On the way balik ke Nibong Tebal tu sempat lagi saya request kat hubby nak singgah kat Kuala Kangsar jap. Hajat di hati ni dah lama nak menyambar tudung saji rotan tuh. Maka tertunailah hajat saya.. Bukan setakat tu je, saya sempat rembat sepasang pasu. Ermm…bukan pasu ekceli.. lebih pada tempat meletak payung2, tongkat2 tuh.. dibuat dari kayu.. Tapi nak letak bunga pun buleh ! Hahaha … tu dalam rabun2 tuh saya bershopping yer tuan2 dan puan2.. Kalo tak rabun, sila imagine sendiri apa yg mungkin terjadi. :) Just joking. : p

Tatkala saya mengarang entri ni, saya dah agak pulih cuma tekak je gatai2 sikit. Sakit kepala dah pulih nampaknya. Syukur banyak2 … Lewat dah ni. Macam balas dendam jerr tak dapat blogging sesuka hati dalam seminggu yg menyakitkan nih. Huhuhu… Hmm.. sebenarnya sakit yg datang tu Allah nak uji kita, nak ampunkan dosa2 kita dan nak naikkan darjat di akhirat nanti.. Amin.. mudah2an… Itu jelah yang memujuk hati saya sepanjang bersakit2 sikit ni. Kita semua insan yang lemah… betapa kerdilnya kita ni kan ?

Sebelum saya meletakkan pena maya ni untuk sementara waktu, izinkan saya berkongsi gambarajah ni. Antara PENYEBAB2 sakit kepala dan stress….

nak lihat lebih jelas , sila klik pada gambar

Incoming search terms:

64 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *