Bila berangan nak pakai smartphone

atom xda

Sebenarnya kepala saya ni tengah sarat dengan pelbagai benda. Biasalah tu kan, bukan saya seorang je begini, orang lain pun sama juga tapi tak bising² pun… ngeh3x~Maka untuk meringankan sikit kapasiti kesaratan dalam kepala ni, terhasillah idea untuk menaip entri ni.

Smartphone @ telefon pintar. Semua orang mengidamkan gajet ini. Tinggal mampu dengan tak mampu je. Bertuah atau tidak saja. Jika nasib (diiringi usaha) bertuah contohnya menang contest gajet impian anjuran blog tersohor DenaiHati tu, alangkah indahnya. Muehehe…

atom xda

Hmmm… kenal tak benda ni… Sekali pandang macam smartphone je kan tapi bukan yer…. Benda ni berat dan agak besor untuk diletak di telinga ketika bercakap telefon. :-p

Ini ialah sejenis PDA. Namanya Atom XDA IIs. Encik hasben yang punya. Tapi, dah boleh masuk muzium kot sebab memang tak digunakan pun. Second hand saje… kuat ya amat pakai bateri. Tu yang malas nak pakai.

pda n my c3

 

Saya gigih jugalah nak cuba pakai bendalah ni tapi baterinya sangatlah lemah, silap² dah kong gamaknya. Last² pakai si merah jambu C3 yg ringan tu balik…. Ate, begitulah bila berangan nak pakai smartphone, PDA pun jadik mangsa ;) .

InsyaAllah, ada rezeki mau jugak yang ini;

iphone4s

 

Klu: Dengar² cerita kat wall FB tadi yg iPhone5 dah nak keluar sikit masa lagi dalam bulan Mac 2012 ni. Penggila² gajet terkini mesti nak let go yang lama untuk dapatkan yg terkini lagi sensasi….

 

Wahai kawan²,tinggal beberapa jam saja lagi sebelum contest ini tamat…. Bantu saya tambah POINTS lagi plz? Arigato gozaimas!

29 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *