Bila Angelina Jolie pakai selendang & Cerita Banjir

by Ummi Hanie on November 3, 2010

in Umum

bismillah
 
 
Sejuk ati tengok minah ni pakai selendang .
Moga2 dapat hidayahNYA suatu hari nanti …
 
Gambar2 ini adalah semasa Angelina melawat dan menghulurkan bantuan buat mangsa banjir besar di Pakistan yg banyak mengorbankan nyawa baru2 ini …
Angelina mmg seorang artis berjiwa rakyat dan penyayang . :)
 
 

 
 
 

 
 
Minat ka sama ini Jolie ? ;)
 
Ini sedikit sebanyak info berkaitan banjir besar di Pakistan ;
 
PESHAWAR dan Karachi adalah dua wilayah di Pakistan yang terjejas teruk dilanda banjir paling buruk dalam sejarah 80 tahun negara itu. Bencana alam itu menyaksikan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal dan jutaan kanak-kanak bakal berdepan dengan pelbagai ancaman penyakit bawaan air.
 
Banjir yang melanda beberapa kawasan di Karachi itu dikatakan berpunca daripada air yang datang dari arah utara dan melimpah ke selatan terutama melalui sungai Indus. Walaupun banjir itu dikatakan berpunca daripada hujan di kawasan utara, ada pihak mendakwa ia berpunca dari India yang melepaskan air dari puluhan empangan negara itu yang disalurkan ke Sungai Indus.
Wilayah Karachi mempunyai 23 daerah dan daripada jumlah itu 19 daerah lumpuh ataupun terjejas akibat banjir bencana alam itu dan kira-kira sejuta penduduk kawasan itu meninggalkan kediaman masing-masing. Kira-kira 200 mangsa banjir di kawasan berkenaan terkorban ketika bencana itu dan 1,000 lagi cedera.

Banjir terburuk itu juga mengakibatkan kerugian sekitar 800 juta rupee dan kira-kira 3.1 juta rupee kerugian akibat pertanian musnah. Bukan itu saja, malah ia mengakibatkan sekurang-kurangnya 200,000 haiwan ternakan terkorban dalam kejadian itu.

Lebih malang lagi bagi mangsa banjir, mereka bukan saja kehilangan tempat tinggal, haiwan ternakan dan kemusnahan hasil pertanian, tetapi pampasan dijanjikan kerajaan sebanyak 3,500 rupee juga tidak kunjung tiba ketika mereka berdepan dengan kekurangan bekalan makanan serta perubatan.

 
Selanjutnya boleh baca di sini .
 
Kesian kan rakyat Pakistan ?
Rakyat Malaysia pun kesian jugak . Beberapa negeri di Semenanjung ni dah ditimpa banjir @ bah .
Oghang utagha kata lagu ni ; ” Moh randuk ayaq bah ! “
Banyak bersabar ye … Allah nak uji tu .
Takziah buat keluarga mangsa banjir : Pelajar Tingkatan 1 Lemas
 
Warga asing turut menjadi mangsa banjir : Wanita Jerman Hilang Dibawa Arus .
 

ank wanita Jerman yg lemas itu , Yusof (atas pokok) dan isterinya (memeluk pokok)

 
 
p/s : errr …. Angelina Jolie tamau mai Malaysiakah lawat mangsa banjir ? ;p
 

 Jom baca Diari Perniagaan karya Nis Azmier ! 

Incoming search terms:

{ 2 comments… read them below or add one }

aNgie Zach June 7, 2011 at 9:56 AM

As Salam……rasa seronok tgk Angie pakai selendang…….moga2 Tuhan beri lah beliau hidayah kan……apa2 pun lakonan Angie memang best giler………………..:)

Reply

Ummi Hanie June 13, 2011 at 9:26 AM

sweet kan Angelina pakai selendang?Amin … hidayah dari allah itu tak mustahil…
ehh awk pun Angie juge yer :p

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: