Bertemu Kerabat Diraja Perak :)

Bismillahirrahmanirrahim ………

Pagi , Khamis 25 Mac 2010 Izzah Munirah dimasukkan ke Wad Melor , Hosp. Parit Buntar .

Pagi , Jumaat 26 Mac 2010 Raja Perempuan Besar Perak , Tuanku ZARA (isteri Raja Muda Perak,Raja Dr. Nazrin) melawat Wad Melor dan wad2 lain di Hosp. Parit Buntar =)

Tengahari , Sabtu 27 Mac 2010 – Discaj dari wad . Pulang ke rumah dgn happy .

Adesss …

Dah seminggu lebih punya cerita baru nak update sekarang . Basi .. basi …

Apa2 pun SYUKUR bila dah discaj dari wad . Terasa betapa nikmatnya hidup di luar wad . Bukan apa , BORING gilerrr dok dalam tu . Mati kutu dibuatnya . Nak2 pulak saya ni bukan jenis mulut pot-pet-pot-pet punye orang . Banyak masa duduk je tepi katil Munirah sambil baca buku inspirasi . Hee ~ Orang2 lain rajin jenjalan melwat katil kengkawan , sembang2 . Saya pegi gak tapi buleh dikira dengan jari ler . :p

Tapi gitulah ada HIKMAH di sebalik kemasukan Munirah ke wad pada hari KHAMIS tu . Then dapat khabar yang Raja Perempuan Besar Perak , Tuanku ZARA SALIM nak datang melawat beb ! Bukan senang nak jumpa kerabat2 diraja ni . Mungkin TUAH si kecik yang sakit ni kot …. Saya dapatle menumpang sama . Budak2 yang sakit (kecuali yang dah besar sikit) bukannya tau apa2 pun , mak2 depa (termasuk saya) ni yang teruja sikit . =p

So ni ade le sikit2 pics berkaitan … Ada yang pic sendiri ada yg ihsan Hosp. Parit Buntar . Terima kasih banyak2 pada pihak admin hospital ! =)

*tak sempat le nak edit2 bagai . upload macam ni pun ambik masa lama :(

Banner @ kain rentang menyambut keberangkatan RPB Zara …

Kenderaan Baginda …. takdak nombor plate nooo…

Sampai ke katil kami …. uh ! Berdebar !

siap tuding jari lagi kat anak terunaku Ukasyah yg pemalu itteww…buleh budak tu buat dekkk je!

RPB Zara sedang melihat salah seorang bayi jaundis … di sebelah tu Pengarah Hospital , Puan Narimah …


Apa ye yang dicakapkan RPB Zara kat saya tu ? “Anak sakit apa?” agaknye … tak ingat pulokk…


 

Ini le satu2nya pic sendiri yang dah diedit dan paling elok kualitinya … thanx my hubby yg jadik photographer bidan terjun pada hari itu ;) . Me as usual with my fevret tudung hijau …..


 

Ok … RPB Zara nak melawat katil anak nyonya sebelah plak … babaiiii…terima kasih Tuanku (kena buat sembah tangan tu weih…cuak teman dibuatnya)

Yang ramai2 mengiring tu tak silap saya member2 PUSPANITA . Antaranya isteri Menteri Besar Perak , tapi saya tak perasan yang mana satu . Berpeluanglah salam dgn mereka semua :)

Hadiah dari RPB Zara … sebakul penuh berisi coklat + Biskut + buah2an

Sekarang ni kondisi Munirah semakin ok tapi dalaman tak taulah kami , kena refer hospital le jugak untuk check samada kuman2 yg degil dok dalam paru2 tu masih ada or not .

Hubby baru2 ni beli sebotol madu asli dari Yaman . RM90 beb ! Mahal giler . Katanya madu no.1 di don
ia . Mudah2an la … Bebudak biasanya tak suka makan madu kan ? Taktaulah anak org lain , anak saya ni tak suka . So caranya saya masukkan dalam susu botol dia . Setengah sudu kecil dah cukup , dan TAK BOLEH GUNA SUDU BESI/ALUMINIUM . PLASTIK je buleh .

Kita berikhtiar , yang menyembuhkan , yang memberi sakit ni semua kudrat Allah Taala .

Redha dan doa …

Terima kasih untuk kalian semua yg sama2 mendoakan kesihatan puteriku ini ….

 

Munirah dgn tudung ala lebah eksklusif dari Medan !!

Saat riang ria Ummi bersama Munirah ! = D

Incoming search terms:

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *