Berpisah sebentar …

Salam hormat ,

Saya belum bercerita secara lanjut tentang kondisi emak saya , belum bersedia mungkin dan masih terfikir² adakah sesuai untuk saya  bercerita di sini.

Walauapapun, sepanjang emak keuzuran ni,saya,suami dan anak² dapat berkhidmat sedikit untuknya. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami berjumpa dan pernah juga emak stay di rumah kami berminggu². Alhamdulillah,kesihatannya semakin pulih dan selera makannya sudah kembali sedikit demi sedikit.

Malam ini,kami akan berpisah … Sedih pula. Iyelah,selalu ada saja depan mata. Kali ni mungkin agak lama sikit tidak bersua muka dengan emak. Anak bongsu katakan … rapat sikit dengan emak lah ;)

Emak nak ke mana ? Emak mau pulang …. Pulang ke kampung halaman di Singapura. Abah saya pula sedang outstation ketika ini. Jadi emak hendak ambil peluang ini untuk memulihkan semangat di sana di samping ibunya (nenek saya) dan adik-beradik yang ramai di sana.

Kami doakan emak kembali pulih, sihat bersemangat seperti dahulu. Pohon rakan² semua juga doakan ya …. Terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua .

Petang ini,kami akan menghantar emak dan abang saya (menemani emak) ke Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk naik flight direct ke S’pore. Semoga selamatlah mereka tiba ke sana.

23 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *