Berpantang cara moden + Perak + Jawa, kelahiran anak ke-8

Salam wbt.,

Berpantang dan bersalin memang tak dapat dipisahkan. Saling berkaitan.

Orang-orang tua zaman dahulu (dan zaman sekarang pun masih ada) amat menitikberatkan aspek berpantang ini. Anak-anak berkhatan pun kena berpantang juga. Pesakit baru lepas membuat pembedahan pun kena berpantang juga, tapi berpantang ni biasanya ditujukan buat wanita-wanita yang sudah selamat melahirkan anak ataupun keguguran kandungan.

 

Image result for muslim birth confinement

 

 

Kenapa perlu berpantang?

 

Tentulah untuk memulihkan semula kesihatan wanita selepas bersalin…

Macam sayalah ni.

Baru selamat bersalin anak ke-8.

Ye, ke-8 ! dan masih aktif blogging, berfesbuk, berIG, blablabla… haha ~

Ibu moden katakann….

Janji jaga pantang larang serba serbi yang mampu.

 

=============

 

UH share serba sikit amalan berpantang Moden + Jawa + Perak yea….

Pakai stokin sentiasa (kecuali masuk toilet) – ini petua universal semua memang amalkan,

Bertungku <== amalan berpantang orang Perak – untuk melancarkan aliran darah nifas, mengelakkan senggugut/rengat, mengecutkan rahim, cepatkan proses pelansingan badan. oyeah !

Berparam <== amalan berpantang orang Jawa – bersalin anak pertama, kedua dolu2 UH amalkan… dah ramai2 ni, UH sapu losyen panaskan badan jew… yang penting badan jangan rasa sejuk okeh ! biar berpeluh sikit.

*berparam = melumurkan serbuk param (herba) seluruh badan untuk tujuan pemanasan

 

Berpilis <===  amalan berpantang orang Jawa – UH ganti sapu dengan losyen panas juge… haha ~

*berpilis = menempelkan herba di dahi untuk tujuan mengelakkan kepala dari masuk angin (salah satu punca sakit meroyan)

 

Berurut <== Mana boleh tak urut badan lepas bersalin? WAAJIBBB…. untuk segarklan badan semula, sambil pulihkan urat2 yang dah mengembang + kembalikan rahim ke tempat asal (kecuali bersalin caesarean, tak boleh urut perut sebab luka) uolz ~

 

Set bersalin Suta Aromaterapi ni best laa. Mampu milik ! 

 

Mandi herba / daun <== ini amalan berpantang Melayu. tapi bangsa lain pun dah follow seperti amalan berurut. Segar tau badan lepas mandian herba ni. UH  modenkan dengan mandian aromaterapi Sutra – Shower Gel Serenity & Handmade Soap Citronella (serai wangi)

 

 

Berminat menjadi Dropshipper Sutra?

 

klik >>>  http://sutraannisabizdropship.wasap.my/ <<<

 

Berbengkung <== senang sekarang ni ada bengkung moden kan… memang yang lilit2 kat tiang ala Jawa punya tu palinggg elok & berhasil okeyyy… uolz sanggup ke?? hahaa… iolz is tak sanggup… plus plus dgn anak2 kecik lagi, tak bernasib betul. iolz beli korset je ha. bukan yang mahal2 pown, yang mampu milik, janji perut iolz tak menggeleber, bergoyang2 bila berjalan. opsss…. ini cakap betul2, bukan main2 ! selebihnya kalo nak perut betul2 kempis & tegang, silalah amalkan senaman sit-up yer mommies… kalah badan anak dara nanti :p

 

Kesimpulannya, UH amalkan serba sedikit apa yang disenaraikan ni…

maklumlah berpantang sendirian berhad kan…

UH bersyukur sangat la sekarang ni dah upah seorang pembantu menjelang bersalin anak ke-8 ni. Tahun lepas baru juga bersalin anak ke-7 kan… so UH rasa tak mampu nak buat semuanya sendiri bersama-sama suami.

 

Kelahiran anak ke-8, Muhammad Ammarfahry

 

Tanggal 5 Jun 2017, lahirlah putera ke-8 kami, Muhammad Ammarfahry, jam 2.32pagi, bersamaan 10 Ramadhan 1438H. Beratnya 3.7kg. Normal with vacuum (sama dgn abg Nawfal, beza beratnya 0.1kg je). Lokasi sama untuk kali keempat, yakni DBM Permatang Pauh, P.Pinang.

 

Dapatlah ummi berpuasa 8 hari… jenuh mengganti ye lepas ni.

Paling best bila harapan kami nakkan baby lahir sama dgn bulan birthday encik hasben tercapai akirnyaa…

ikutkan due date terawal – 8/7/17 , tapi lepas buat scan, doc arah untuk warded sebab kes sama berulang lagi… air ketuban kurang, baby agak besar so risau lemas pula. VE pun dah 2-3 cm gituhh… iolz tak saket apa pon lagi, makanya berserah pada takdir untuk diinduced. Alhamdulillah sakit contraction tu tak sehebat kelahiran2 induce sebelum ni, tapi baby je main sorok2 pulakk… aduhai Ammarfahry ~

oh ye. perkara kedua bestnya ialah, baby ni seperti hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-15, juga jatuh pada bulan Jun… ahaaa….

 

InsyaAllah, next entry baru tayang muka baby Ammarfahry okiess… masih bawah 40hari ni. tak elok kata orang… kan…

 

Thanx for reading !

 

ps: Motherhood.com.my ada buat SALE ! klik >> http://invol.co/clFXm << atau banner di bawah 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *