Bermesra dengan pelbagai jenis haiwan di Wildlife Park, Langkawi – Day 2

Nak cerita lebih lanjut susulan dari entri Rabu Tanpa Kata: Pencinta Haiwan.

Kalian kalau melawat Langkawi, harus pertimbangkan untuk melawat Langkawi Bird Paradise, sebuah taman tropika berkeluasan 5 ekar di sepanjang Jalan Ayer Hangat, kira-kira 10 minit dari pekan Kuah. Ia juga dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park (Taman Burung Langkawi).

Terdapat kira-kira 150 spesis burung ditempatkan di sini. Ya, selain burung-burung, arnab dan haiwan² lain turut ada.

Operation Hours: 8:30 am – 7:00 pm
Location: Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah, 07000 Langkawi
Tel: +(6) 04 966 5855

Bayaran masuk:

MyKAD Rate:
Adult:  RM 21.00
Child (3 – 12 years old) : RM14
Senior (above 60yrs) : RM 14.00
_______________________________________

International Rate:

Adult : RM35
Child 3 -12 yrs : RM20
_______________________________________

 

*Walk-in price lebih tinggi dari online purchase

-credit

 

Ok inilah antara aktiviti² kami sekeluarga di sana seawal pagi membuat kunjungan kehormat ;)

Masuk² entrance saja terus depa suruh bergambar kat depan. Apa lagi, kemudian nanti suruh beli gambarlah… bisness.. bisnes…

langkawi bird paradise

pic ni hubby snap je dari frame dalam pakej gambar yang kami beli

nampak tak burung kakaktua bertenggek atas kepala anak perempuan, tangan suami dan bahu saya?

muka cover takut + geli² tu…

Bermesra dengan pelbagai jenis haiwan di Wildlife Park, Langkawi

Budgerigars Feeding – memberi burung makan

 

 

 

 

Bagi saya, aktiviti yang ini paling best. Dalam banyak-banyak burung, yang kecik² warna-warni ni amat menawan hati. Bayangkan, burung² tu 3-4 ekor boleh bertenggek kat tapak tangan kita makan dedak berjemaah. Bijak tau burung² ni, bila dedak tu dah tinggal hampas, mereka takkan datang makan. Yang berisi saja mereka akan datang

 

 

Macaw Feeding 

First time anak-beranak feed burung kakak tua (macaw) yang jinak ni. Hulurkan makanan seperti kekacang, burung tu akan patuk dengan paruhnya untuk makan. Mula² takut² juga, maklum lah tak biasa… See, anak² pun dah berani :)

 

Feed the porcupines – memberi landak makan

Kakak dan Abang (sedikit takut²) nak beri landak makan carrot. Ummi pun tak lepaskan peluang, tapi tiada dalam gambar ni.

 

Feeding Rabbits – memberi arnab makan

Yang ni dah tayang gambar dalam entri Pencinta Haiwan tempoh hari. anak² sangat sukakan arnab. sampai rasa nak bawak balik.

 

rabbit

 

 

langkawi bird paradise

kakak melayan adik huzaifah dgn arnab

Feeding Crocodiles – oh tidak berkesempatan, buaya tidur ;)

 

Tak dapat beri buaya makan, suruh Cik Oni berposing sajalah tepi buaya besor tu ;) Nampak ke tak nampak ?

 

Feeding the cranes – memberi makan burung jenjang

 

feeding cranes @ langkawi 2013

 

Cantik burung² jenjang ni. Pink² kaler gitu campur putih… Kolamnya pun cantik. Kami beri makan mereka dengan biji-bijian yang dibeli di situ…

 

Feeding Cassowary – memberi makan burung kasuari/kasawari

 

 

Kakak yang beri makan kat burung ni. Fobia dia tangan kena sedikit patukan paruh besar burung kasawari ni. Gambar semasa beri makan tidak ada pula ye…

 

Dah lenguh kaki berjalan, berdiri dan beri haiwan makan, berehat sebentar di bangku ini sambil menikmati keindahan tropika…

langkawi bird paradise

 

Ikan arapaima gergasi pun ada di Langkawi Bird Paradise ni. Memang puas hati dapat tengok depan mata (dalam kolam) ketika pekerja taman ini hendak beri ikan² itu makan. Mak datuk besarnya ikan…. Kalau kat Zoo Taiping memang jangan harap sangat nak nampak. Tak pernah berkesempatan pun untuk tengok ikan arapaima di situ.

 

Ok cukup… masih banyak lagi destinasi nak dituju. Start 8.30am.. wildlife park bird paradise > galeri perdana > air terjun durian perangin > telaga air hangat > kompleks kraf langkawi > pantai pasir hitam > naik gunung raya > kampung buku > hutan lipur lubuk semilang > shopping rojam gamat > makam mahsuri.. end 5.30pm baru cover separuh Langkawi…. tapi memang puas!

Incoming search terms:

22 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *