Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Berkenalan dengan ayah Emma Maembong

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Berkenalan dengan ayah Emma Maembong

emma-maembong-bertudung

Saya tahu, ramai benor yang Google pasal Emma Maembong kan… Ada yang masih tak kenal kah sama dia? Pelakon baru yang tengah meningkat namanya tu lah…

Tapi, saya nak ‘berkenalan’ dengan ayah Emma Maembong. Jangan salah fahammm…

Selalu asik dok dengar nama Emma Membong je, teringin juga nak tahu siapa ayahnya yang dikatakan pelukis terkenal negara tu. Ismail Embong dan inilah orangnya;

 

 

 

credit Beautifulnara

 

PROFIL

NAMA: Ismail Embong
UMUR: 64 tahun
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
KARIER: Pelukis dan pakar rujuk seni negara
PENDIDIKAN: Kolej Seni dan Rekaan di England dalam bidang seni bina
KARYA TERKENAL: Sulalatus Salatin: Empayar Kesultanan Melayu Melaka
ANAK: 11 orang

 

 

Ismail kini berpisah dengan isterinya, namun hubungan dengan anaknya masih rapat, malah seorang anaknya, Fatimah Rohani @ Emma Membong, 20, mengikut jejak beliau bergelar pelukis.

Sebelum ini, beliau pernah bergandingan dengan dua lagi anaknya, Nurul Aini, 22, dan Siti Aisyah, 15, bersama Fatimah menghasilkan Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat.

Dalam satu pameran koleksi lukisannya pada 1999, beliau turut mempamerkan hasil lukisan enam anaknya ketika itu.

Fatimah paling aktif melukis ketika ini dan kebanyakan karya seninya dihasilkan dengan motif busana Melayu.

“Ema (Fatimah) paling suka bersama saya ketika melukis. Ketika usianya baru tiga tahun, dia sudah pandai melukis.

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Saya gembira sebab Ema bagaikan kesinambungan diri saya dalam dunia lukisan, walaupun karya berbeza,” katanya.

Ismail berkata, semuanya anaknya tidak asing dengan dunia seni kerana selama membesar mereka ‘terdidik’ mengenali apa itu seni melalui kariernya sebagai pelukis.

 

credit Beautifulnara

 

Ramainya anak beliau! Untunglah, comel² belaka (yang saya pernah tengok dalam internet je lah..) almaklum isterinya seorang wanita Inggeris…

Incoming search terms:

 

17 Responses

  1. halif says:

    Betul ke karya Sulalatus Salatin tu dia punya? Bukan A. Samad Ahmad?

  2. nza says:

    suka tgk emma tu..muka dia comel n sweet je….

  3. syu90 says:

    ooh..patutlah emma mambong tu cntik mcm org putih..kacukan rupanye..gmbr mak dia ada x?

  4. cik tom says:

    oh org tganu rupanya bapak dia ni…

  5. ohcikgu says:

    barulah tahu pasal ayah budak nih..serius, memang tak tahu.

  6. akubiomed says:

    Berdarah campur biasanya cantik paras rupa.

  7. Nazri says:

    anak ngan ayah sama2 popular

  8. Amy Mastika says:

    saya teringat nak jummpa ayah emma maembong dan ibu nya…kesian nye…burrr …bapa emma maembong sudah lama berpisah

  9. MohdAmirulAmin says:

    sya.suka.tengok kak ema.n.family happy

  10. MohdAmirulAmin says:

    kak ema meme.come

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *