Bereksperimen design template blog sendiri menggunakan Artisteer

 

Salam bahagia & Assalamualaikum .

Nampak apa-apa perubahan pada blog Ummi Hanie [dot] com ? Jangan panik , anda bukan tersalah masuk blog orang lain ;) . Perubahan dalam blog sudah menjadi perkara biasa di sini . Jika sudah jemu atau ada yang tak kena pada pandangan mata , maka perubahan harus dilakukan , dan ia juga salah satu hobi dalam ‘bermain’ blog . I like it . Walaupun agak meletihkan , tapi kalau dah minat , no harm rite ?

Inilah dia …. hasil pertama eksperimen saya dengan Artisteer . Dah lama dengar tentang Artisteer ni , first sekali dari Ummi @ Kak Sya . Tapi masa tu takut-takut lagi dan masih suka menggodek-godek template sedia ada yang berlambak untuk WordPress ni .

Entah kenapa semalam hati saya kuat berdetik nak cuba design sendiri template blog . Ya , menggunakan medium Artisteer ! Sungguh mudah rupanya seperti yang kudengar . Klik-klik saja , siaplah template blog seperti yang dikehendaki . So , amacam …. ok ke tak design saya yang tak seberapa ni ? Untuk cubaan pertama , oklah kot kan …. :p Ya , gabungan Pink dan Biru Lembut beserta sedikit sentuhan floral menjadi pilihan untuk tema blog kali ini . Luv it .

Cuma , agak pening sikit nak mengatur widget2 ni supaya kelihatan kemas dan sedap mata memandang . Saya masih menggunakan Internet Explorer . Paparannya agak berbeza dengan Mozilla Firefox ataupun Google Chrome . Setakat ni , Mozilla Firefox yang terbaik untuk paparan blog ini .

Ok lah dah lewat malam ni . Kemudian2 nanti boleh sambung bergebang lagi tentang Artisteer atau blog designing  ni .

Incoming search terms:

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *