Bekalan lampin setahun dari Huggies

Salam & Hi,

Nak membesarkan seorang anak bukanlah satu kerja yang mudah.

Inikan pula 6 orang anak… haizz…. redha dengan rezeki dari Allah ye puan Ummi Hanie ;)

 

gambar baby pakai lampin

 

 

Cerita pasal membesarkan anak ni, spesifik di sini untuk bab lampin.

Kalau lampin tradisional boleh tahan lagi ongkosnya. Beli sekali dua, pakai berulang² cumanya menggunakan banyak kudrat tangan (dan kaki gamaknya) untuk mencuci.

 

Lampin pakai buang pula memang banyak sikit kosnya… sebulan mau 2-3 kampit lampin.

Itu untuk seorang anak. Kalau 2 orang sekali yg pakai….?

 

Bagi kes pemakaian lampin pakai buang, atau bahasa femesnya… Pampers. Walaupun ia adalah nama satu jenama lampin pakai buang yang terawal, namun telah digunapakai untuk semua jenis lampin pakai buang. Betul tak?

Gini senarionya…

1/ “Weih pampers anak kau dah berat tu, pergi salin. Karang bocor habis berselerak najis satu rumah” – sergah mak eton pada anaknya Norkiah

 

2/ “Yuhuuu cik jemah… nak ke mana laju sangat tuu…?” – sapa cik esah dengan menyibuknya.

“nak beli pampers anak aku ni haa…. tinggal sekeping je kat rumah tu” – jawab cik jemah dengan kelam kabutnya masuk ke kedai runcit ah meng

Cukuplah dua senario sebagai contoh ye. Korang pun dah faham sendiri maksud di sini.

 

Alkisahnya.

Rezeki anak. Dapat bekalan lampin setahun dari Huggies.

Syukurrrrr ALHAMDULILLAH.

Jimat banyaaak duit ayahanda budak. Lepas banyaklah juga kos lampin seorang anak untuk setahun.

Ye, setahun!

Sebelum ni memang ada ura-ura nak berjimat dengan pakaikan anak lampin moden (bukan lampin pakai buang).

Since saya mengandungkan anak ke-6 yakni baby Muaadz, mula rasa tak larat nak uruskan lampin² kain tu. Makanya pakailah semula lampin pakai buang…

 

Mengimbau kenangan lama kejap… Zaid dan lampin kain moden

rindu pulak zaid masa ni… cecomeii… :) sekarang udah masuk tadika 6 tahun

 

Bila merasa pakai Huggies Dry Pants ni, macam mewah pula. Biasa anak saya pakai lampin bukan jenis seluar tu je…

 

huggies dry pants

si tembam merenung kotak lampin stok setahunnya yang baru sampai

 

 

ye abang zaid masih setia menjadi model lampin... :)

ye abang zaid masih setia menjadi model lampin… :)

 

 

model huggies

2 beradik ni (huzaifah & zaid) dah ala-ala kembar… walaupun beza umur setahun lebih

 

huggies dry pants model

okeh ini baru model sebenar huggies dry pants yang bertuah tu…

 

Lampin Huggies dry pants ni senang kata, memang disyorkanlah untuk bayi² yang dah mula lasak nak berjalan, berlari dan aktif ke sana ke mari tu. Sambil mereka berdiri pun boleh sarungkan lampin dan sambung bermain.

kadang² kalau si abangnya yang Huzaifah (3 tahun) kehabisan stok lampin, cekau jugakle lampin huggies si adik baby Muaadz ni. Muatla juga…. ketat² sikit.

Bila entah nak free-diaper kat abang kecik tu. Tunggu sedikit kekuatan dari ummi nya….

By the way, thank you Huggies ! Love you mucho ~

 

 

 

 

Incoming search terms:

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *