Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Begedil Ummi

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Begedil Ummi

begedil

Resepi dan cara memasak Begedil ala diet

Malam ni sudah masuk malam ke-20 Ramadhan, bermaksud sudah masuk 10 malam terakhir Ramadhan… betapa pantas masa berlalu. Mari kita sama² gandakan ibadah.

Alhamdulillah, anakanda Huzaifah sudah sihat kembali dari demam selama kurang lebih 2 hari. Terima kasih banyak² atas doa dari kawan² dan pembaca/pengomen semua.

Ok sebelum saya terlupa resepi Begedil Ummi ni, baiklah saya publish entri ni secepat mungkin. Begedil ni dimasak di minggu awal Ramadhan yang lalu.

Cara membuatnya agak berbeza dari resepi asal emak saya. Kiranya improved sikit dari segi teknik memasak dan pengurangan kalori kot. :-P Itu sebab pandai-pandai bagi nama “Begedil Ummi”.

 

begedil

Wajah begedil sebelum digoreng

 

Bahan-bahan;

10 biji kentang saiz kecil (terpulang masing² nak berapa)

+- 200gram Daging yang dipotong kecil² @ daging cincang

Breadcrumbs

Jintan manis ditumbuk halus

Lada hitam ditumbuk halus

Sebiji telur

Daun sup

Tepung Magik

 

Caranya;

  1. Ubi kentang direbus setelah dibuang kulitnya sehingga empuk.
  2. Lenyek ubi kentang yang sudah direbus tadi sehingga lumat, dan gaulkan bersama-sama semua bahan kecuali Tepung Magik.
  3. Bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang disukai.
  4. Sebelum digoreng, golek-golekkan dalam Tepung Magik.
  5. Gorenglah dnegan bergaya, jangan terlalu lama nanti hangit tak sedap!

Selamat mencuba.

kiri: Tepung Magik, kanan: Begedil

 

Cara/method yang asal, banyak penggunaan minyak. Ubi kentangnya dihiris² dulu, kemudian digoreng pula. Dah tu ditumbuk pula dalam lesung batu. Kan banyak kerja tu. Dan sebelum digoreng, dicelup telur lagi.

Resepi Begedil Ummi ni saya cuba gunakan Tepung Magik, dan hasilnya memang best. Kurang berminyak begedil iteww… Rasanya pun boleh tahanlah. Anak² kalau suka tu, kira Ok lah ;) Teknik memasak begedil ni diilhamkan oleh kakak sulung saya sebenarnya. Beliau seorang yang agak anti makan makanan berminyak ni. Bab² kalori dalam makanan, senaman, diet semua ni dia agak pakarlah juga. Ate, asalnya nak jadi doktor perubatan, tak kesampaian, jadi Dietitian sajalah. ;)

Tapi, walau macammanapun, kalau dah air tangan mak tu, mesti sedap jugak kannn…. Saya kalau menolong mak saya buat begedil tu, sambil tumbuk ubi yang dah digoreng tu, sambil tu masuk dalam mulut. Ahhhh sedappp….

Kenapa saya pakai Tepung Magik? Sebab ia memberikan efek rangup pada makanan yang disalutinya…. best tau…. nak order, emel ke; ummihanie@hotmail.com.

 

p/s: gambar hasil terakhir, tak sempat snap, dah asyik sangat makan, habisss…. lalalalala~

 

25 Responses

  1. Lela-Lelord says:

    oooo best ek tepung magik tu..akak mmg suka begedil..hehehe selalunya salut tepung jagung je

  2. akubiomed says:

    Antara kegemaran saya. :-)

  3. Assalammualaikum wbt.

    Boleh bagi nama bagedel diet ala ummi. Hehe. Suka makan bagedel tapi manyak malas buat begedel. Sebab nak buat lama, tapi cepat ajer pulak tu habis. Keke.

    Begedel kurang minyak? Healthy tuu

  4. Azydy says:

    mesti sedap ni.. saya mula-mua tahu begedil ni masa blaja kat utm, skudai..memang hari-hari cari benda tu waktu makan.. haha tengok ummiehanie buat teringat zaman blaja dulu

  5. nza says:

    sedapnya…smlm td pn akak masak begedil utk mkn brsama young tau foo……

  6. Hanif says:

    Kegemaran aku juga tuuu!!!

  7. menarik resipi begedil Hanie. Knur pernah buat begedil dgn arwah mak. sekali je sbb adik2 tak berapa suka makan. Kami berdua yg habiskan begedil yg kami buat byk2 tu.

  8. Hans says:

    saya suka makan begedil :-)

  9. puanbee says:

    Tepung magik best hohoho …

    oh bee guna cara nis masak begedil , tk reti guna cara lama tu , ye lah tk pernah belajar pun main hentam uli je haaa

  10. Izzuddin Fauzi says:

    Balik karang bulleh loh try :)

  11. titan says:

    kena suruh ain maisarah belajar buat nih..

  12. Oh! budu says:

    knp yg ni kaler cerah. sy slalu beli kaler gelap. 50sen sebiji

  13. Ummi Hanie says:

    ye, kena order le makbed kalau mau try… hehehe…

    lain2 kegunaannya…. boleh memekatkan kuah, goreng sayur (buat keropok bayam contohnya), goreng ayam, dll…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *