Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Bayi ditikam bertubi-tubi,ibu meroyan

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Bayi ditikam bertubi-tubi,ibu meroyan

credit to Google

 

Innalillah …………… Sedih + Kaget baca berita ni . Akibat tekanan mental seorang ibu yang dikira baru sahaja melahirkan bayinya , bayi yang tak berdosa dibunuh dengan kejam sekali . Dalam bahasa kita , MEROYAN . NAUZUBILLAH  YA ALLAH ! Hindarilah kami ibu-ibu ini dari penyakit ini …. :(

Dr Hussain berpendapat, tindakan melakukan sesuatu perbuatan itu secara berulang tanpa henti menunjukkan si pelaku sudah lama menyimpan masalah yang dihadapi tanpa berkongsi dengan orang lain.

 “Apabila mereka mempunyai peluang untuk melepaskan segala bebanan yang ditanggung maka ia akan menyebabkan si pelaku hilang kawalan serta bertindak di luar batasan,” katanya.

 

Biasalah , saya pun faham perasaan tertekan ini . Rasanya semua ibu mengalaminya . Cuma janganlah terlalu mengikut perasaan . Sebagai umat Islam , kita dianjurkan untuk banyak-banyak berzikir agar terhindar dari gangguan syaitan . Maklum sajalah , jasad sedang kotor – tidak boleh solat dan baca Quran . Maka , ZIKIR sajalah yang menjadi pelindung diri .

Banyakkan beristighfar … Tenangkan hati . Gembirakan diri dengan membisikkan pada diri sendiri yang semua dosa-dosa kita telah keluar bersama-sama lahirnya bayi yang suci tersebut . Kita ibu-ibu pun turut sama bersih , suci seperti bayi yang baru dilahirkan itu . Ini menurut pembacaan saya . Kalau silap , tolong betulkan ya ?

Untuk baca berita lanjut tentang ibu meroyan tadi , sila ke sini .

 

9 Responses

  1. syamila says:

    nauzubillah….kesian kat bayi yg tak berdosa dan tahu apa2 tu…baru je nak kenal dunia..

  2. bee says:

    hurm dah tak ingat apa lah tuh, biasa ibu kalau marah pun mesti kesian kat anak!

  3. ummihanie says:

    yup..kesian kan dua2…
    klu sabit mmg mental dia tak betul masa tu,kira tak bersalah kan?

  4. kakyong says:

    sebab tu org tua kata dlm pantang tak leh tinggalkan ibu & baby berdua all the time..
    lebih lagi kalo yg masa mengandung pun dah ade mcm2 tekanan..
    sian betul .. dua-dua kesian…

  5. nza says:

    ibu normal xkan brtindak camtu…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *