Bawa anak-anak bersiar-siar dengan tren shuttle KTM komuter utara

Shuttle Komuter Utara

Stesen keretapi dan komuter belakang rumah kami jer.

Tiap-tiap hari, dan beberapa kali sehari memang dengar/nampak keretapi lalu-lalang.

Kuat juga bunyinya. Tu pun bukan betul-betul bertentang dengan dapur rumah.

Komuter LRT utara ni baru je dirasmikan pada 11 September 2015.

Merasalah bawa keenam-enam orang anak bersiar-siar ke Kamunting sempena cuti Maal Hijrah (14 Oktober 2015 bersamaan 1 Muharram 1437 Hijriyyah).

Dari stesen Parit Buntar, tak sampai setengah jam pun perjalanan.

2 perhentian sahaja. Bagan Serai dan Kamunting.

komuter

bahagia bersama-sama anak-anak syurgaku…. pakaian ditaja oleh Annisa Butik… ahaksss ~

Baca Mohon Kad diskaun KTMB i-card [klik].

tren shuttle utara

Sampai ke destinasi, oleh kerana perancangan ad-hoc sahaja, makanya kami tak ke mana-mana pun… cuma memesan beberapa biji burger di warung berhampiran stesen keretapi tersebut.

Makannya di rumah. Haha…. Kelakar kan. Tak cukup pula tu berkongsi-kongsi katakan… Nak merasa je….

Sebelum ni pernah bawa anak sulung saja naik komuter LRT ketika kami menetap di Kuala Lumpur… Masa tu bawa anak seorang pun rasa macam dah renyah. Hihi… anak sulung katakan…

InsyaAllah lepas ni boleh bawa anak-anak bersiar-siar naik komuter lagi ke destinasi lain dengan perancangan yang lebih baik….

Jadual perjalanan & jadual tambang tren shuttle komuter utara

jadual tren shuttle Komuter Utara

Nak tahu berapa kos kami 8 beranak naik komuter dari Parit Buntar ke Kamunting?

Hanya RM45 sahaja…

Umur 4 – 12 tahun dapat separuh harga, yakni RM5 seorang.

Kami dewasa dua orang masing-masing RM10 seorang.

Murah kan?

Kesimpulannya anak-anak enjoy dan nak naik lagi tren shuttle ni lagi dan lagi…

KTMB Callcenter :
Toll Free :1-300-88-5862 /
Phone : +603 22671200
Email:callcenter@ktmb.com.my

(Operation Time :0700 – 2200)

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *