Batu Ferringhi, kami datang… lagi!

Batu Ferringhi, kami datang… lagi!

Tajuk macam kenal je kan. Apa lagi kalau bukan ‘virus’ filem Istanbul, aku datang! Psstt… kami dah menonton di panggung…. :p Blogger Kak Jie pun tidak miss dengan ‘virus’ ini. Hehe jangan marah ye ;)

Batu Ferringhi ni nampak gayanya menjadi acara lawatan kami sefamili setiap 2 tahun sekali. Kali terakhir mengunjungi Batu Ferringhi ialah ketika Zaid masih bayi berumur setahun lebih. Ketika itu adiknya Huzaifah belum wujud lagi. Kali ini, Huzaifah sudah wujud dan kami sudah bertujuh :) Oh sentimental sekali ~

Encik suami ada urusan kerja, syukurlah boleh bawa famili bersama. Kami pun apa lagi, menegekor sajelah. Kerja sambil bercuti-cuti Malaysia. Jarak rumah kami dengan Batu Ferringhi tak jauh mana, tak sampai 50 kilometer dan tak layak pun untuk buat solat jama’ qasar kerana tak cukup syarat jarak 2 marhalah yang bersamaan 91 kilometer.

batu ferringhi

credit penang-travel.com

 

parkroyal batu ferringhi

Amboih. Belum apa-apa terus tunjuk makanan dulu ye. Santapan tengahariku di Hotel ParkRoyal Batu Ferringhi… Nasi Putih bersama kari ayam, kurma kambing, ulam kacang botol + timun + sambal pelacan. Pehhh!

‘Dayang’ Munirah yang menemanku makan… Seronok makan sambil menghadap laut.

zaid

‘Dayang’ kedua, encik Zaid. Tak boleh diam budaknya. ‘Dayang’ ketiga ialah kakak. Abang Ukasyah dan baby Huzaifah lepak dengan Abah sebab kupon untuk makan ada dua je (untuk saya dan Kakak, untuk kanak² bawah 6 tahun percuma…)

Yang lain-lain mana?

DI bilik ler…. ikot turn pegi breakfast… hihi.

Kami di sini selama 4 hari 3 malam… best ~

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *