Bapa saudara kembali ke rahmatullah

Ahad, 10 Mac 2013 yang lalu, bapa saudara yang kupanggil Pak Yob sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah…
Beliau ialah abang sulung kepada abahku. Abang kedua sudah hampir 16 tahun pergi menyahut seruan Ilahi, kini giliran abang sulung pula. Kedua-dua mereka meninggal disebabkan ada penyakit jantung.
Abahku anak ketiga. Kini tinggallah 3 beradik. Di bawahnya ada 2 orang adik lagi. Kesemua mereka 5 orang adik beradik lelaki belaka.
Entah kenapa tak tertaip pun tangan ni untuk update status di Facebook atau di mana saja tentang berita kematian Pak Yob.
Baru bulan sudah kami bertemu dengan arwah di majlis perkahwinan cucunya. Sempat saya dan suami bersembang sepatah dua kata dengannya, manakan sangka itulah kali yang terakhir…
Teringat saya ketika hendak beranglat menunaikan haji bersama-sama abah dan mak, arwah Pak Yob mengucup dahi, seakan saya ini anaknya sendiri. Ketika itu umur saya baru 8 tahun.
Saya memang pernah tinggal di rumah arwah ketika mak dan abah saya tiada selama sebulan lebih… Itulah antara kenangan-kenangan bersama Pak Yob.Dan kami pernah berjiran (kampung sebelah menyebelah) ketika tinggal di Sungai Besi dulu. Jadi memang selalu berjumpa ketika itu…
Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman. Amin… Yang pergi tetap pergi, kita yang tinggal hidup di dunia ni usah terlalu alpa… Peringatan khas buat empunya diri…

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *