Bantuan persekolahan RM100 selamat diambil untuk 3 orang anak

Salam ceria.

Seingat saya kali ini kali ketiga atau keempat menerima Bantuan persekolahan RM100 yang disediakan oleh kerajaan.

Terima kasih daun keladi. Ringanlah sikit tanggungan belanja keperluan sekolah anak² kami. Alhamdulillah.

Lain kali beri lagi. Lebih sikit lagi kami suka hati.

Ewah ewah… ~

kupon Bantuan persekolahan RM100

Ini ialah kupon. Prosedur di sekolah anak kami ni, kena berbaris ikut kelas anak, turunkan tandatangan dan ambil kupon.

3 orang anak, 3 barisan saya kena berbaris untuk ambil kupon ni.

Tahun lepas pun saya datang ambil sebab suami tiada. Tinggal baby Muaadz di rumah sekejap dengan abang Zaid. Mandikan dia siap², tidur lenalah dia dalam buaian. Bawa abang Huzaifah saja seorang. Syukurlah sekolah tu terletak dalam kawasan taman perumahan sahaja.

Bantuan persekolahan RM100

Dalam surat memang dah beritahu, jam 10 pagi start ambil kupon. Jam 11 pagi ambil duit Bantuan persekolahan RM100.

Tapi biasalah, dah pukul 11 pagi pun ucapan masih belum tamat. So kena bersabar sikit tunggu…

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *