Banjir teruk di Johor , Melaka , Pahang , Negeri Sembilan | Sistem amaran awal banjir

Simpati mendengar berita banjir yang agak besar melanda Johor , Melaka , Pahang dan Negeri Sembilan . Terkini , 3 nyawa sudah dilaporkan terkorban .

Tan Sri Muhyiddin berkata bencana banjir yang melanda Labis, Segamat, Kluang, Ledang dan beberapa daerah lain sejak dua hari lepas, berpunca akibat keadaan cuaca hujan lebat yang disifatkannya sebagai luar biasa.

“Sistem amaran awal banjir itu perlu bukan sahaja bagi membolehkan kita menjangkakan bencana banjir lebih cepat tetapi memastikan operasi pemindahan mangsa banjir dan penggemblengan aset menyelamat menjadi lebih berkesan,” katanya selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis hari ini.

 

Selain itu , soal kesihatan juga mestilah dititikberatkan kerana penyakit-penyakit daripada virus kencing tikus mudah merebak melalui air banjir .

[Sumber]

p.s : Warga2 empat negeri ni harap bersabar ye …. dugaan Allah haruslah diterima dgn redha …

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *