Banjir terburuk 2014 di Malaysia sudah mula reda, kapal terbang AirAsia pula terhempas

Salam wbt.,

Banjir terburuk 2014 di Malaysia | Masih tidak terlambat harapnya UmmiHanie mengucapkan salam takziah buat semua mangsa banjir terutamanya di pantai timur yang direkodkan sebagai banjir terburuk pada tahun 2014 ini. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk melalui saat-saat getir ini.

 

Lokasi Kuala Krai dilaporkan sebagai yang terburuk di antara semua. Kedengaran air sudah mencecah ke bumbung rumah.

Terlihat juga gambar stesen minyak yang tenggelam terus.

 

#bah2014 kuala krai...

#bah2014 kuala krai…

 

 

Lalulintas juga terpaksa ditutup kerana dinaiki air, dan tak kurang juga ada jalanraya yang pecah. Ramai yang tidak dapat keluar rumah, samada yang terselamat mahupun sebaliknya.

 

Berikut ialah screenshot laporan lalulintas yang ditutup. Boleh semak secara online di eBanjir portal.

 

eBanjir Portal V1

sebagai kenangan….

 

 

Saya faham, bukan mudah untuk BANGKIT semula kepada keadaan sediakala.

Ada trauma, ada sedih, duka, lara, dan mungkin juga putus harapan.

Usah begitu ya? Bangkitlah dan teruskan kehidupan sebagai khalifah Allah. Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang telah Allah tentukan.

 

Simpati sekali pada golongan uzur dan tua. Juga kanak-kanak kecil dan ibu-ibu yang lemah.

Sekalung TAHNIAH diucapkan buat sukarelawan² yang ikhlas dan rela hati menghulurkan bantuan. Tidak semua orang mampu lakukan seperti kalian. Percayalah, besar ganjarannya di sisi Allah.

 

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Putrajaya;

”Mangsa² yang kehilangan dokumen² penting seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran seumpamanya, boleh dapatkan semula dengan PERCUMA.”

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Perhubungan Awam JPN di talian 03-??8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke pro@jpn.gov.my atau pergi terus ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

Cukup rasanya berbicara tentang banjir terburuk 2014 kerana ianya sudah cukup menyakitkan buat mangsa² dan keluarga terdekat.

 

Kapal terbang Air Asia QZ8501 terhempas

TIGA nahas kapal terbang sekaligus berlaku di Malaysia dalam tahun 2014. MH370 yang masih hilang tanpa berita, MH17 yang ditembak di udara lalu terhempas di Ukraine, dan QZ801 yang terhempas di lautan.

Kisah banjir terburuk pun baru nak reda. Ujian apakah ini ya Allah…. semoga Kau ampuni dosa² kami…. amin…

Terkini ialah nahas kapal terbang Air Asia QZ801 dari Surabaya ke Singapura yang terhempas dan mayat² dikesan radar di Selat Karimata, sekitar kawasan Pontianak dan Bangka Belitung. Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak, seorang bayi serta tujuh anak kapal hilang selepas 47 minit berlepas dari Surabaya. TAKZIAH diucapkan buat keluarga mangsa. sumber

 

gambar terakhir seorang penumpang bersama kapal terbang QZ8501 sebelum berlepas dari Surabaya ke Singapura

gambar terakhir seorang penumpang bersama kapal terbang QZ8501 sebelum berlepas dari Surabaya ke Singapura. -sumber

 

 

MALAYSIA MENANGIS…. :’-(

 

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *