Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Banjir tak berkesudahan di Thailand

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Banjir tak berkesudahan di Thailand

Segala bala bencana yang terjadi ni sebenarnya ada hikmah dan sebab musababnya yang tersendiri. Setiap amalan baik buruk juga pasti akan ada balasannya.Bencana banjir yang tak berkesudahan di negara jiran kita,Thailand ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa simpati dalam jiwa.

Bangkok terus bah sebulan lagi

BANGKOK: Banjir di Bangkok diramalkan berterusan sebulan lagi dan dilaporkan mula memasuki kawasan Soi Yothin Pattana 3 menuju kediaman Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berhampiran lebuh raya Ramintra-Ekkamai di daerah Lat Phrao.

Menteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan, berkata Bangkok berkemungkinan terus dibanjiri sehingga sebulan tetapi turut meramalkan paras air menurun pada pertengahan bulan depan.

Banjir itu juga memaksa Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membatalkan kehadiran dalam sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii hujung minggu ini.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika angka kematian daripada bencana sejak tiga bulan lalu meningkat kepada 527 orang dan banjir semakin menenggelamkan ibu negara Thailand.

Yingluck yang pertama kali berhadapan dengan krisis menguji kepimpinannya merancang untuk memberi taklimat ringkas kepada pemimpin APEC mengenai krisis berkenaan.

Tetapi, beliau membuat keputusan untuk menghantar timbalannya, Kittirat Na-Ranong yang juga Menteri Perdagangan ke APEC. Yingluck juga akan berbincang dengan Kabinetnya sama ada untuk menghadiri satu perhimpunan pemimpin Asia Tenggara di Bali, minggu depan.

Akhbar The Nation melaporkan, banjir yang kian buruk semalam memaksa lebih ramai penduduk Bangkok berpindah selain turut mengancam terputusnya laluan utama Rama II. Arahan berpindah terbaru dikeluarkan kepada penduduk di Bang Chan di daerah Klong Sam Wa, di Bangkok.

Sehingga kini arahan berpindah membabitkan 15 daripada 50 daerah di Bangkok. Banjir disifatkan amat serius di mana sekurang-kurangnya 12 daerah menyaksikan semua penduduk dinasihatkan meninggalkan kediaman. Bagaimanapun, tidak semua penduduk setuju berpindah.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata kira-kira 800,000 penduduk memilih untuk terus tinggal di kediaman mereka yang teruk dilanda banjir.

“Kami cuba membantu mereka dengan menghantar barangan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Bangkok Post melaporkan, Pasukan Operasi Bantuan Banjir (FROC) menubuhkan sebuah panel bagi menyiasat dakwaan bahawa bekalan bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir terlalu mahal.

Jawatankuasa tujuh ahli dipengerusikan oleh setiausaha sementara perdagangan Yangyong Phuangrach dilantik oleh pengarah FROC, Pracha Promnok yang mahu keputusan diperoleh dalam masa tiga hari.

Siasatan adalah berikutan dakwaan luar biasa selepas aduan melalui media sosial dan parti pembangkang, Parti Demokrat mengenai harga terlalu tinggi bagi beg bantuan yang bernilai 800 baht (RM81) setiap satu.

Kebanyakan penduduk tidak percaya barangan yang kebanyakan adalah makanan dalam tin berharga terlalu tinggi. Beg bantuan bernilai 800 baht itu dikatakan sama kandungannya dengan beg bantuan yang dihasilkan sendiri FROC bernilai 300 baht (RM30) setiap satu.

Yingluck yang bimbang mengenai berita berkenaan berkata, sebarang perbuatan salah tidak sepatutnya berlaku ketika beribu-ribu rakyat Thailand menderita banjir. – Agensi/AFP 

Kredit:Berita Harian Online

 

yingluck shinawatra

Ini merupakan salah satu daripada cabaran terbesar bagi PM baru Thailand , Yingluck Shinawatra .

 

Kesan daripada bencana alam ini yang ditakuti adalah penyebaran wabak penyakit berjangkit dan kadar peningkatan jenayah.Semoga negara kita Malaysia terpelihara daripada bencana sebegini. Amin.

 

[wpsr_plusone]


Incoming search terms:

 

16 Responses

  1. nza says:

    moga bencana ini cpt berakhir..yg kesiannya kanak2 yg senang dijangkati wabak taun….

  2. izan ishak says:

    harap2 kita ambil iktibar dari bencana yg berlaku nih. berat mata memandang…berat lagi bahu yg memikul

  3. puan kutu says:

    minta dijauhkan dari sebarang bencana…:)

  4. kakyong says:

    siang tadi x leh nak masuk blog hanie.. huhhhuu..

    riso kan.. betul2 malapetaka nih.. lama betui deme mengadap banjir nih…

  5. puanbee says:

    ye lah tak habis2 lagi banjir ,,dugaan pada perdana menteri thailand tu ..

  6. ciksembang says:

    mmg kesian dengan Bangkok, sepatutnya anak sy ke sana ada perlawanan ragbi tapi dah pun dibatalkan

  7. hamdan says:

    Semua yang berlaku telah di sampaikan oleh Rasullallah Saw, Kemusnahan/Bala/Bencana yang menimpa manusia adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri, tapi sifat manusia yang dipanggil insan (pelupa) seringkali mengenepikan Al-Quran/Al-Hadis, manusia bangga dengan teori kepala otak dia orang yang dungu tanpa berpegang teguh pada Al-Quran/Al-Hadis, kita di Malaysia pun sama jugak, dah berlaku nanti maka ramailah yang menyebut nama Allah, sekarang ni leka melakukan 13 perkara sebagaimana yang di sebut dalam Hadis Rasullah saw, yang membawa kepada turunnya bencana, sila rujuk Bukhari/Muslim

  8. Mekar says:

    Kat Malaysia sekarang ni pun kena buat persediaan dan waspada juga. Semua ni peringatan utk kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *