Bandar Jengka bertukar nama kepada Bandar Tun Abdul Razak

 

 

Salam 1Malaysia dan 1Dunia (bak kata bro DenaiHati :p)

 

Bandar Jengka yang terkenal dengan FELDA nya yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur sudah bertkar nama kepada Bandar Tun Abdul Razak secara rasminya hari ini , 7 Julai 2011 . Kalian tengok tak siaran langsung di TV 1 dan TV 3 pagi tadi ? Saya ada juga tengok sedikit …

 

Sebenarnya berita tentang ini sudah pun keluar sejak semalam lagi . Jom baca ;

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengisytiharkan Bandar Pusat Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak pada sambutan Hari Peneroka FELDA 2011, esok.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pengumuman pada sambutan ke-55 sempena penubuhan FELDA itu sebagai mengiktiraf sumbangan warga peneroka memajukan tanah rancangan.

“Tentu ia akan memberi khabar gembira kepada seluruh penduduk kawasan sekitar Segitiga Jengka yang dilimpahi pembangunan melalui peruntukan disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 

-Sumber

 

PM kita ni kan berasal dari Pekan , Pahang . So ini saya kira sebagai salah satu sumbangan beliau untuk negeri kelahiran …

Saya sefamily pernah laaa sampai Bandar Jengka nun beberapa kali dah … mane taknya , biras orang sana . ;)

 

Incoming search terms:

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *