Bajet 2012 : Tumpu golongan bergaji rendah
Salam w.b.t. ,
Hari ini , 7 Oktober 2012 PM Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak secara rasminya membentangkan bajet 2012 (sedang bersiaran langsung dari Parlimen dan ditayangkan di beberapa saluran TV Malaysia) . Adakah bajet kali ini memberi impak yang besar dalam hidup kita selepas ini ? Adakah nasib mereka yang kurang berkemampuan akan terbela ? Gaji naik ? Ada bonus tahun ni ? Jom sama-sama baca petikan berita dari akhbar online Kosmo! berikut ;
KUALA LUMPUR – Kelangsungan hidup golongan berpendapatan rendah dan pengurangan kadar cukai diharap menjadi agenda utama Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini.
Beberapa pakar ekonomi berpendapat pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menumpukan kedua-dua aspek berkenaan.
Pakar ekonomi, Datuk Salleh Majid berkata, kerajaan perlu mengurangkan kadar cukai yang disifatkannya masih tinggi bagi membolehkan Malaysia kekal kompetitif dalam kalangan negara-negara membangun.
“Walaupun kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus dalam bajet tahun lepas, ia sebenarnya masih tinggi untuk berdaya saing dengan negara-negara lain di rantau ini.
“Singapura, misalnya, hanya mengenakan kadar cukai pendapatan sebanyak 17 peratus namun tetap mampu bersaing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu-isu yang ditekankan dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Najib hari ini.
Mengulas lanjut, Salleh berkata, pengurangan kadar cukai juga dapat menggalakkan kemasukan pelabur asing yang secara tidak langsung berupaya memacu pertumbuhan ekonomi yang positif.
Salleh juga menyatakan harapannya agar pengurangan kadar cukai dapat dilaksanakan supaya dapat meringankan beban rakyat dari segi kos sara hidup terutamanya dalam kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof. Dr. Jariah Masud pula berharap kerajaan perlu mengawal harga barang keperluan asas bagi mengelakkan pengguna daripada terus ditindas sesetengah peniaga.
Menurutnya, sudah terlalu banyak kes yang melibatkan penipuan oleh peniaga dan keadaan itu akan menjejaskan ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Jika perkara itu tidak segera dibendung, katanya, keluarga berkenaan dikhuatiri akan gagal mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi untuk jangka masa panjang.
“Kini sudah terdapat banyak kes seperti anak-anak terpaksa berhenti daripada persekolahan semata-mata untuk membantu ibu bapa mencari wang.
“Bagi saya, antara cara terbaik untuk menangani masalah tersebut ialah dengan mengawal harga barang,” katanya.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pula berpendapat Bajet 2012 dapat memberi lebih pengisian kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.
“Saya percaya bajet itu dapat memberi lebih insentif kepada golongan berkenaan agar dapat mengimbangi pendapatan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.
“Pelaksanaan itu diharap dapat memberi kesamaan dari segi taraf hidup bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Desas-desus yang saya dengar , harga bahan mentah untuk membina rumah/bangunan akan meningkat 20% selepas pembentangan bajet ni . So , mereka yang dah beli rumah atau sudah selesai renovate rumah sebelum pembentangan bajet ni insyaAllah terselamatlah dari kenaikan harga bahan mentah binaan tersebut . Antaranya abah saya sendiri … rumahnya sedang direnovate sekarang dengan harga bahan mentah yang lama . Syukurrr ….
Incoming search terms:
- bajet 2012 (34)
16 Responses
nnti berlumba2 la hrga brg naik…….
itu ler kak .. rege brg tak pernah nye nk turun … :(
Salam Yong,
dengor dpt bonus jer, gaji tak naik. Pd akak kalau naik lebih bagus dr bonus. Apa2 pun akak tak dpt tempias apa2 pun huhu!
Kak Halima Mohkembara ada entri terbaru… jom baca Yang meninggal, bonda Erdogan…Yang dihargai, Yang disemelih, Yang dikasihi dan Yang sedap!
wslm yong halima ,
eh tp dengor ade juge naik sikit kan …
apepun,teman ni mcm ni aje le … hehehhe :p
bab harga brg2 tu mmg patut dikawal sbb bila gaji kakitgn awam naik, mulalah harga2 brg naik sedikit demi sedikit.
kak nur ,
apa2 pun rege brg sentiasa akan naik dan naik … xkirelah bajet ke ape ke …. huhuh
alhamdulillah..dah selesai budget..:)
puan kutu ada entri terbaru… jom baca Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu
alhmdllh …
mcm biase le ade pro n kontra nyer …
alhamdulillah bajet kali ni nampak menyebelahi rakyat
mama pipie ada entri terbaru… jom baca Kami dah sampai ke i-City
mudah2an gitulah kak ..
adoi betul ke ? kite tk beli rumah lagi nih masih tk tahu nak beli kawasan mana .. KL mahal sgt ,..kampung kerja lak tk de sgt .. adoiii
puanbee ada entri terbaru… jom baca A Solid Foundation Contest Hadiah utama melebihi RM600, 000! Untuk di menangi dari Mamil Gold.
aah bee … betul …
hmm..KL mmg mahal nyer amat … bee kena cari kat area perak ke,kedah ke…murah sket . boleh buat sewa ke homestay ke kan ;)
ehemmm bee suka theme ni dan tulisan dia nampak comel..tulisn jenis apa erk ??
puanbee ada entri terbaru… jom baca A Solid Foundation Contest Hadiah utama melebihi RM600, 000! Untuk di menangi dari Mamil Gold.
theme mane ye yg bee maksudkn ek ?
kalau tulisan utk theme skrg ni,namanya Garamond . mmg comei :p
amboi mai sini tukar lagi ye nis.. tp bee mcm kenal je theme ni hahaha.. utk kemaskan lagi header tu kasi sama besar lah nis..
puanbee ada entri terbaru… jom baca Cara Tukar Gambar Gravatar
mcm kenal je kannn bee … ? muehehehe ~
aah header tu nis xsempat nak godek2 lagi …